petua minum air pangsa

Orang tua dulu-dulu sangat memahami durian yang diberi jolokan Raja Buah kerana mengetahui petua minum air pangsa untuk mengelakkan badan panas jika terlalu banyak makan buah durian ini.

Tapi pernahkah anda terfikir kenapa kita digalakkan minum air kosong selepas makan durian? Adakah petua yang diamalkan selama ini benar-benar mengagumkan atau hanya mitos?

Baca juga: Top 5 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia, Nombor 3 Paling Ramai Peminat!

Susulan perkongsian di Facebook, bekas Timbalan Pengarah Perancangan Makanan MARDI, Dr Suri Roowi, tahun lalu menjelaskan bahawa mungkin ada kebenarannya terhadap nasihat minum air saham itu.


PETUA MINUM AIR PANGSA, MITOS ATAU TAK?

Antara Petua dan Realiti Saintifik.

Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.

Mungkin ada benarnya. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.

petua minum air pangsa

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat anti kencing manis.

Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin.

Bahan ini boleh bertindak sebagai anti-radang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.

Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.
Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

Baca juga: Bunga Durian Goreng Belacan, Sajian Sayur Orang Sarawak Dan Indonesia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN