Categories: Resipi

Resipi Ikan Bawal Goreng Garing, Cicah Dengan Sambal Kicap Memang Ngam!

Ikan bawal goreng garing memang tak pernah mengecewakan. Resipi yang ringkas tapi mampu membangkitkan selera, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas bersama nasi putih dan sambal kicap pedas.

Salah satu keistimewaan ikan bawal adalah isinya yang lembut serta tulangnya yang tidak terlalu halus, menjadikannya pilihan terbaik untuk digoreng garing.

Resipi ini juga sangat sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa, tetapi masih ingin menyediakan hidangan yang enak dan menyelerakan. Tak perlu bahan rumit atau teknik memasak yang renyah.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah demi langkah cara membuat ikan bawal goreng garing yang rangup, serta sambal kicap pedas manis sebagai pelengkap rasa. Jom kita tengok resipinya di bawah!

Baca juga: Resipi Masak Lemak Nanas Ikan Masin ‘Padu’, Makan Sampai Boleh Lupa Dunia!

Resepi Ikan Bawal Goreng Garing

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal (saiz besar)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kelar ikan terlebih dahulu supaya senang masak dan lebih rangup sampai ke tulang.
  2. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit.
  3. Kemudian lumurkan garam secukup rasa.
  4. Seterusnya, lumurkan tepung beras pada ikan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Goreng ikan sehingga garing. Balikkan supaya masak sekata.
  7. Angkat dan ketepikan ikan.
  8. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  9. Tabur bawang goreng atas ikan sebagai hiasan dan penambah rasa.

Resipi Cabai Kicap (Sambal Kicap)

Bahan-bahan:

  • 3 biji cili padi merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • ½ biji bawang merah
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 5 sudu besar kicap manis

Cara-cara:

  1. Hiris bawang merah nipis-nipis.
  2. Potong cili padi merah dan hijau ikut kesukaan.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  4. Tuang air perahan limau dan kicap.
  5. Kacau rata sampai sebati.
  6. Siap untuk dicicah dengan ikan bawal goreng tadi!

Sumber: Facebook

Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikut Cara Ini Tak Meletup-Letup Bila Goreng!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

16 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

16 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

16 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

16 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

18 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

19 hours ago