resepi ikan keli berlada

Jom MyResipi kongsikan resepi ikan keli berlada serta cara membersihkan ikan keli supaya tidak meletup-letup ketika digoreng.

Dengan petua ini juga, kulit ikan keli tidak akan tertanggal semasa menggoreng. Barulah hasilnya cantik dan sempurna!

Jika anda ingin mengetahui resipi penuh serta petua lengkap, ikuti artikel di bawah ini.

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Sumbat, Ikut Cara Ini Dijamin Isi Tak ‘Terburai’

RESEPI IKAN KELI BERLADA

resepi ikan keli berlada

Bahan goreng ikan keli:

  • Ikan keli (7 ekor per kg)
  • Tepung gandum
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan sambal berlado:

  • 2 ulas bawang putih (saiz sederhana)
  • 2 biji bawang merah (saiz bola pingpong)
  • 2 potongan akar daun ketumbar
  • 8-9 tangkai cili merah besar
  • 3-4 cili merah Thai (untuk pedas)
  • 2 biji tomato (saiz bola pingpong)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula (sedikit)

Cara goreng ikan keli:

  1. Pilih ikan keli yang bersaiz sederhana (7 ekor per kg), yang segar dan cantik.
  2. Lumurkan ikan keli dengan tepung gandum tanpa air untuk membantu menyerap lendir badan ikan. Ini akan mengurangkan licin pada kulit ikan dan mencegahnya meletup semasa digoreng.
  3. Belah ikan di tengah, keluarkan insang dan perut dan kikis darah yang ada. Kelar kecil sedikit pada badan ikan.
  4. Basuh ikan dengan bersih, kemudian lapkan dengan tisu makan supaya tiada air pada badan ikan keli. Pastikan ikan keli kering sepenuhnya sebelum menggoreng.
  5. Campurkan serbuk kunyit sedikit, garam dan serbuk perasa piliha pada ikan keli. Pastikan ikan keli tidak terlalu basah supaya minyak goreng tidak meletup-letup.
  6. Panaskan minyak dan masukkan ikan keli. Tutup kuali sebagai langkah berjaga-jaga. Goreng selama kira-kira 7-8 minit sehingga ikan keli garing, kemudian terbalikkan ikan dan goreng lagi selama 3-4 minit.

Cara membuat sambal berlado:

  1. Cincang semua bahan (bawang putih, bawang merah, akar ketumbar, cili merah dan tomato) menggunakan chopper.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah dicincang dalam minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan keli tadi. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula untuk menyeimbangkan rasa sambal.
  4. Setelah sambal siap, taburkan atas ikan keli yang telah digoreng garing. Siap untuk dihidangkan!

Sumber resipi dan gambar: Ben Safwan

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Padu, Tak Sia-Sia Mak Ajar Sampai Pandai

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN