masak lemak nenas

Masak lemak nenas ikan masin sememangnya antara lauk yang menjadi pujaan ramai! Dipadankan pula dengan pelbagai ulam-ulaman dan sambal belacan, memang boleh buat orang lupa dunia sekejap!

Untuk resipi ini, anda bebas memilih jenis ikan masin mengikut cita rasa dan kesesuaian. Jom cuba masak hari ini, confirm makan bertambah nasi!

Baca juga: Petua Kurangkan Masin Pada Ikan Masin, Ikut 5 Cara Ini

RESEPI MASAK LEMAK NENAS IKAN MASIN

masak lemak nenas

Bahan-bahan:

  • Nanas
  • Bahan kisar (1/2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 2 biji cili padi merah, 9-10 biji cili hijau, sedikit kunyit hidup)
  • Santan kotak
  • Ikan masin

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus. Jika mahu lebih pedas, lebihkan cili padi. Jika tiada kunyit hidup, boleh guna serbuk kunyit.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama 1/2 cawan air. Masak dengan api sederhana sehingga naik bau dan cili masak.
  3. Tambahkan ikan masin ke dalam periuk. Masak dalam kuah seketika minit supaya rasa masin meresap dalam kuah.
  4. Masukkan nenas dan biarkan masak hingga sedikit lembut.
  5. Masukkan santan kotak dan kacau perlahan. Guna api kecil dan jangan biarkan ia mendidih terlalu kuat supaya santan tidak pecah minyak.
  6. Tambah garam jika perlu (hati-hati sebab ikan masin dah ada rasa), dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa masam nenas dan masin ikan.

Sumber: Noora Sultan

Baca juga: Resipi Acar Ikan Masin Talang Homemade, Lauk ‘Power’ Penambah Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN