
Bila masuk hujung tahun, mesti ramai ibu bapa, cikgu dan staf pejabat mula pening nak fikir menu jamuan. Semua nak cari sesuatu yang senang, sedap dan tak memakan masa.
Kalau anda tengah buntu, jangan risau, kami dah kumpulkan senarai idea menu jamuan akhir tahun yang lengkap dari hidangan utama sampai pencuci mulut. Tinggal pilih dan terus masak!
Baca juga: Senarai Idea Makanan Potluck Ikut Abjad Dari A Sampai Z, Lengkap & Sedap Belaka!
SENARAI IDEA MENU JAMUAN AKHIR TAHUN MENGIKUT KONSEP
1. NASI.

Kredit gambar: Facebook Che Yatie
- Nasi lemak
- Nasi ayam
- Nasi tomato
- Nasi goreng
- Nasi hujan panas
*Tip: Jika bawa ke sekolah atau pejabat, asingkan sambal atau kuah supaya nasi kekal lembut.
2. MEE.

Kredit gambar: Instagram _ninakitchen
- Mee goreng, mee bandung
- Laksa Johor, Penang, Sarawak
- Bihun goreng, bihun sup
- Kuetiau goreng, kuetiau sup
*Tip: Elakkan terlalu basah supaya tak berair bila lama dan asingkan kuahnya.
3. MENU BARAT.

Kredit gambar: Facebook Sarina Razali
- Macaroni cheese, goreng
- Lasagna
- Spaghetti carbonara, bolognese
- Pizza
- Chicken chop
*Tip: Lebih baik buat dalam bentuk cawan supaya mudah dimakan.
4. KEK.

Kredit gambar: Facebook Adriana Bakery
- Kek coklat moist
- Kek batik
- Kek pisang
- Kek pandan gula melaka
- Kek marble
*Tip: Sediakan dalam bentuk mini supaya mudah dimakan atau potong siap-siap.
5. KUIH-MUIH TRADISIONAL.

Kredit gambar: Instagram kakak.kuih.jb
- Donat
- Kaswi pandan
- Karipap
- Cucur udang
- Apam
- Keria gula melaka
*Tip: Simpan kuih dalam bekas tertutup supaya kekal rangup atau lembut.
6. BUBUR.

Kredit gambar: Facebook Noraini Mat Saad
- Bubur ayam
- Bubur kacang hijau, merah
- Bubur jagung
- Bubur sum sum
- Bubur pulut hitam
*Tip: Bubur yang tak menggunakan santan lebih tahan lama. Jangan lupa sediakan sudu kecil.
7. HIDANGAN RINGAN.

Kredit gambar: yayaalif.blogspot.com
- Sate
- Ayam popcorn
- Sandwich
- Roti jala
- Tauhu begedil
*Tip: Makanan yang menggunakan sos pencicah perlu diasingkan supaya tak tumpah.
8. PENCUCI MULUT.

Kredit gambar: Facebook Erniey Yusnita
- Aiskrim Malaysia
- Dadih
- Puding karamel
- Agar agar santan
- Puding koktel
*Tip: Lebih elok dibuat dalam bentuk cawan supaya mudah diagihkan dan dimakan.
9. MINUMAN PANAS ATAU SEJUK.
- Teh tarik
- Sirap bandung
- Jus oren
- Soya cincau
- Jus tembikai
*Tip: Nak lebih menyegarkan, gunakan ais dalam bekas berasingan supaya minuman tak cair cepat.
Dengan senarai menu jamuan, hujung tahun akan terasa lengkap dan meriah dengan pelbagai menu yang sedap. Buat semua menu itu secara kreatif dan menarik, baru seronok nak makan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Sistem Guru Online
Baca juga: Senarai Idea Potluck Tadika Paling Simple Dan Comel, Anak-Anak Mesti Suka!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














