Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan.

Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring.

Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!

RESEPI ROTI JALA SIMPLE

resepi roti jala simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat.

2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari.

3. Selepas siap menjala, baru boleh gulung. Siap untuk dihidang!

resepi roti jala simple

Perkara paling menarik dalam resepi Roti Jala simple ini, walaupun anda letak banyak-banyak pun ia tak melekat sama sekali. Malahan, ia sungguh lembut dimakan.

Selain kari ayam dan daging, Roti Jala juga sedap dimakan bersama rendang dan sambal tumis udang. Jika suka versi manis sebagai pencuci mulut, boleh makan dengan serawa durian.

Selamat mencuba!

Sumber: Suzana Nurkasih

Baca juga: Cara Membuat Roti Jala Versi Newbie, Pakai Kuali Pun Lembut Hasilnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending