menu daging

Mesti pening kan nak buat menu daging apa bila hari Raya Aidiladha nantikan?

Nak pula dah dekat 2 tahun tak menyambut bersama keluarga untuk perayaan kedua ini.

Bagi yang tidak tahu hendak masak menu apa, min berikan 5 idea sajian berasaskan daging yang pastinya menggamit selera tetatmu yang datang berkunjung ke rumah pada Raya Haji nanti.


IDEA MENU DAGING UNTUK RAYA AIDILADHA

Idea 1: Gulai Daging Utara

Gulai Daging Utara

Bahan-bahan:

250gram daging – dihiris
Kentang – belah 4
1/2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntumbunga cengkih
1/2 biji bawang besar – dimayang
2 ulas bawang putih – dicincang
1 inci halia – dimayang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar pes asam jawa
3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan air sehingga 1/2 periuk dan letakkan periuk atas api sederhana besar.
  2. Masukkan daging dan halia yang sudah diketuk, Rebus sehingga empuk.
  3. Kemudian, masukkan kentang dan biar masak sehingga empuk. Tutup api dan ketepikan.
  4. Masukkan minyak dalam kuali panas dan panas dengan api sederhana. Apabila sudah panas, tumiskan kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih sehingga wangi.
  5. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang sudah dimayang. Tumis sampai layu. Kemudian, masukkan daun kari dan biarkan selama 2 minit.
  6. Masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau sehingga kari masak.
  7. Masukkan daging, kentang, dam 1/2 cawan rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan 1/4 cawan air jika ingikan lebih banyak kuah.
  8. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan garam dan pes asam jawa secukup rasa. Siap untuk dihidang.

Idea 2: Nasi Daging Utara

Nasi Daging Utara

Bahan-bahan:

2 cawan beras Basmathi, dicuci dan tus
2 1/2 cawan air rebusan daging atau air biasa
150g daging, dihiris nipis
1/2 cawan susu cair
1 1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar serbuk sup
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
2cm halia, dimayang halus
1 helai daun bay
1 helai dau pandan, disimpul
1 cawan stok ayam
1/2 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, masukkan mentega.
  2.  Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, bawang besar, daun bay dan daun pandan sehingga wangi.
  3.  Masukkan rempah sup dan tumis hingga pecah minyak.
  4.  Masukkan daging dan kacau agar disalut sebati dengan rempah.
  5. Masak hingga daging mengecut.
  6. Masukkan air, susu cair dan stok ayam. Biar sehingga mendidih.
  7. Masukkan beras dan kacau sebentar. Pastikan nasi dikacau sesekali agar tidak berkerak.
  8. Apabila nasi sudah kering, kecilkan api dan masak nasi seperti biasa. Gemburkan nasi setelah masak. Anda boleh hiaskan nasi dengan daun pudina, kismis atau gajus.

Idea 3: Daging Masak Asam

Bahan-bahan:

300g daging, direbus empuk
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1/2 sudu besar pes asam jawa

Bahan untuk ditumbuk:

1/2 inci halia
1/4 inci kunyit
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Apabila sudah panas, tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan daging yang telah siap direbus dan kacau rata.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Masukkan 1/2 cawan air rebusan daging. Jika ada atau 1/2 cawan air, Biar merenah sehingga daging empuk.
  5. Masukkan hirisan cili merah dan hijau.
  6. Masukkan asam jawa dan kacau rata.

Idea 4: Asam Pedas Daging

Bahan-Bahan:

300g daging, dihiris nipis
1 batang serai, dititik
1/2 kuntum bunga kantan, dibelah dua
1 genggam daun kesom
1/2 sudu lada hitam
6 sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar:

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 inci lengkuas

Baca juga: Cara Buat Asam Pedas Daging Daun Pudina

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah panas, tumis serai dan bahan kisar halus hingga wangi.
  2.  Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Kecilkan api dan kacau rata.
  5. Masukkan daging dan daun kesom. Kacau hingga daging mengecut.
  6. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk.
  7. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.

Idea 5: Sup Daging Kelantan

Bahan-Bahan:

500g tulang dan daging
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
akar daun sup
garam
daun sup & daun bawang
bawang goreng

Bahan untuk ditumbuk:

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila periuk sudah panas, masukkan bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang dan akar daun sup. Tumis sehingga menjadi wangi.
  2. Kemudian, masukkan air sehingga 3/4 periuk dan masukkan daging.
  3. Kecilkan api, dan biar daging dan tulang merebus sehingga empuk serta kuah memekat.
  4. Apabila kuah sup sudah memekat, perasa dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Padamkan api dan tuang sup ke dalam mangkuk. Hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN