kerabu pucuk paku

Ada tak penggemar kerabu pucuk paku kat sini? Ha, kali ni apa kata kita cuba resipi kerabu pucuk paku kerang yang mudah dan sedap ni. Makan ratah macam tu je pun dah sedap wei. Rugi sangat kalau tak cuba sebab mudah je nak buat.

Kerabu ni antara hidangan yang ramai penggemarnya. Yang mana biasanya kerabu ni akan di jadikan sebagai pembuka selera dan mempunyai banyak khasiatnya.

Selain daripada kerabu mangga, kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku kerabu juga antara yang paling sedap.

Baca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!

Kerabu biasanya dibuat tanpa masak. Kecuali, mencelur beberapa bahan seperti sayur-sayuran. Semua bahan hanya perlu di gaul sebati dan di perasakan dengan perahan limau, belacan, cili, garam dan gula.

Macam mana nak buat kerabu yang sedap? Korang follow je resipi simple perkongsian dari Noor Baini Bakar ni. Boleh kecur liur dibuatnya. Lagi pedas, lagi sedap ye. Korang boleh adjust tahap pedas kerabu tu ikut citarasa masing-masing.

RESIPI KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG


Bahan-bahan:

  • 250gm taugeh
  • 500gm isi kerang – optional
  • Pucuk paku (dicelur)
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi – boleh tambahkan @kurangkan (ditumbuk)
  • 2 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2sb kerisik

Cara penyediaan:

1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan tumbuk dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.

2. Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.

3. Siap dan bolehlah dihidangkan.

Mudah sangat ye nak buat kerabu pucuk paku kerang ni. Boleh makan macam tu je kalau korang suka. Sayur dan kerang pun banyak khasiatnya. Kerang ni boleh mengurangkna masalah jantung. Itu adalah salah satu manfaatnya.

Selamat mencuba!


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN