Categories: Resipi

Resipi ‘Hot And Sour Soup’ Yang Menyegarkan, Anak Makan Sampai Licin!

Mak-mak yang nak pancing selera anak untuk makan berselera, wajib cuba resipi Hot And Sour Soup. Nampak macam sup biasa, tapi hidangan ini sangat popular dalam masakan Cina.

Jika ditanya pada kesedapannya, Hot And Sour Soup mempunyai rasa masam dan pedas yang lembut datang daripada chilli flakes dan sedikit cuka di dalamnya.

Perkongsian Siti Zanariah Khalit menunjukkan langkah demi langkah untuk memasak Hot And Sour Soup yang sudah lama menjadi kegemaran anak-anaknya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Masak Sup Suhun Telur Sedap Dan Sihat, Tetap Kenyang Walau Tanpa Nasi!

RESIPI HOT AND SOUR SOUP

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • Secubit chilli flakes
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan cuka (tambah jika mahu lebih masam atau ganti dengan tomato jika alergik)
  • Sedikit kicap pekat (untuk warna)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 2 ketul ayam (direbus, dicarik dan simpan air rebusan)
  • 5 keping black fungus (direndam dan dihiris nipis)
  • 2 biji tauhu (dipotong kecil)
  • 6 batang jejari ketam (dihiris)
  • 2 biji telur (dipukul sedikit)
  • Bancuhan tepung jagung
  • Daun bawang (dihiris)

Cara-cara masak:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga harum. Masukkan chilli flakes.

2. Tuang air rebusan ayam. Jika tidak mencukupi, tambah air biasa.

3. Masukkan sos tiram, sos cili, kiub ayam, cuka, kicap pekat, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih.

4. Masukkan black fungus, tauhu dan jejari ketam.

5. Tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sup. Didihkan sekali lagi.

6. Perlahan-lahan masukkan telur yang telah dipukul. Gaul perlahan agar teksturnya bertali.

7. Tutup api dan masukkan daun bawang sebagai sentuhan akhir.

Jika anda mencari resipi ringkas tetapi memikat, resipi Hot And Sour Soup pastinya berbaloi untuk dicuba dan anak-anak pun pasti berselera.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Zanariah Khalit

Baca juga: Resepi Sup Ayam Sedap Versi Chef Anis Nabilah, Kuah Takkan Hijau Kalau Ikut Cara Ini

Aimi

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

7 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

7 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

8 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

9 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

9 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

10 hours ago