Mari cuba resipi Hati Ayam Goreng Kunyit ini. Walaupun bahagian ayam yang ini bukanlah kegemaran ramai, namun ia kaya dengan nutrien dan mineral. Sesuai untuk menambah darah khususnya ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Bahan lain yang diperlukan dalam resipi ini ialah hati dan pedal dan kacang panjang. Hati dan pedal digoreng dulu baru kemudian ditumis bersama kacang panjang.
Baca juga: Ayam Goreng Ala Upin Ipin, Ini RAHSIA Buat Bancuhan Tepung Menggoreng
Tumis menggunakan cili padi, lagi menggigit rasanya. Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih. Ada juga yang menjadikan hidangan ini sebagai gandingan kepada lauk lain.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Juma Natull ini.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar:
Cara-cara memasak:
1. Gaul hati dan pedal ayam dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng hati serta pedal ayam hingga masak. Biarkan hingga hati tersebut agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Biarkan hanya sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng hati tad. Panas di dalam kuali untuk menumis pula.
4. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan hati dan pedal ayam. Gaul bagi sebati.
5. Masukkan air asam jawa sedikit dan kacang panjang dan masak bagi layu sedikit.
6. Masukkan cili padi, cili merah, bawang besar. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan tutup api.
8, Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba resipi hati ayam goreng kunyit ini. Memang lagi nikmat jika makan beramai-ramai bersama keluarga.
Sumber: Facebook Juma Natull
Baca juga: 5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam
Biasanya kita hanya guna garam dan kunyit, atau pes perapan segera untuk menggoreng ayam atau…
Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Apam Cornetto yang comel dan menarik. Kali ini,…
Selain karipap dan donat, Kuih Keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada…
Resipi pengat pisang adalah hidangan tradisional Melayu yang popular, sesuai dinikmati ketika cuaca dingin atau…
Resepi daging tetel kuah dalca ini memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi beriani,…
Tiba-tiba mak mentua minta buatkan hidangan minum petang yang sedap di rumah. Tak perlu fikir…