Categories: Artikel

Ikan Bawal Di R&R Harga Kayangan, Wanita Ini Kena ‘Ketuk’ Sampai Sepinggan RM20

Dalam perjalanan di lebuh raya, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) biasanya jadi tempat persinggahan untuk isi minyak atau menjamu selera. Namun, lain pula ceritanya apabila seorang wanita makan di R&R arah utara dan terkejut melihat harga ikan bawal.

Bukanlah kerana lauknya sedap, tapi gara-gara harga sepinggan nasi campur berlaukkan ikan bawal yang dikongsikan oleh Farrah Ooi di Facebook telah menarik perhatian ramai.

Baca juga: Sedap Memang Sedap, Tapi Cara Simpan Budu Dalam Tong Hitam Buat Netizen Hilang Selera

SINGGAH MAKAN DI R&R, HARGA NASI CAMPUR LAUK IKAN BAWAL SAMPAI RM20 SEPINGGAN

Dalam perkongsian Farrah, beliau ceritakan semasa sedang beratur untuk membayar, terdengar seorang abang di depan bertanya, “kenapa mahal sangat ni?” dengan wajah penuh tanda tanya.

Juruwang pula menjawab dengan selamba, “memang harga ikan bawal macam tu, bang.” Lantas, abang itu terkejut besar dibuatnya.

Farrah kata, dalam hatinya lega kerana beliau hanya mengambil lauk ikan kembung. Tapi apabila toleh belakang, ternyata ibunya telah memilih ikan bawal sebagai lauk.

Tiba giliran, Farrah imbas QR seperti biasa. Juruwang menyebut jumlahnya iaitu RM41, kemudian menghulurkan resit dan Farrah tergamam melihat harganya sebegitu rupa.

Bayangkan, harga sepinggan nasi berlaukkan ikan bawal goreng, sayur bendi dan sambal belacan RM20. Paling memedihkan, nasi ibunya diminta separuh tapi juruwang kira dengan harga penuh.

HARGA MAKANAN KAYANGAN, TAPI TAK BERBALOI DENGAN RASA

Kredit gambar: Facebook Khairiyah Shahrudin

Farrah sempat bertanya kepada ibunya tentang kesedapan ikan bawal tersebut. Ibunya memberitahu ikan bawal itu liat dan tak segar dimakan, tapi saiznya hanya sebesar tapak tangan.

Sebenarnya makan di R&R ini memang ikut nasib. Kadangkala dapat lauk sedap, segar dan berbaloi, kadangkala harga boleh tahan mahal, tapi rasa biasa-biasa.

Jangan takut untuk tanya harga sebelum mengambil lauk kerana itu adalah hak sebagai pengguna. Sekurang-kurangnya, taklah terkejut apabila nak bayar jumlahnya nanti.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Farrah Ooi, Paul Tan

Sumber: Farrah Ooi

Baca juga: Restoran Ramai Orang Tapi Kerusi Bayi Kotor Teruk, Ini Antara Komen Pedas Netizen Yang Paling Win!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

20 hours ago