
Jika bawa anak yang masih kecil makan di luar, memang lega apabila restoran menyediakan kerusi bayi. Tapi malangnya, tak semua restoran ambil serius soal kebersihannya.
Apabila kerusi bayi dibiarkan lusuh, berhabuk dan kotor, ia bukan saja buat pelanggan rasa kurang selesa, tapi boleh menimbulkan risiko pada kanak-kanak.
Hal ini disebabkan kulit kanak-kanak agak sensitif dan imuniti mereka juga belum kuat. Jadi jika penuh bakteria, memang membahayakan kesihatan mereka.
Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang wanita terkejut besar melihat keadaan kerusi bayi di sebuah restoran popular yang kotor, berkeladak dan seolah-olah tak pernah dicuci langsung.
Baca juga: “Mahal, Sedap, Tapi Biadab” – Wanita Luah Kecewa, Pekerja Kedai Makan Kurang Mesra
KERUSI BAYI RESTORAN KOTOR TERUK, WANITA INI LUAH RASA KESAL

Melalui perkongsian tersebut, restoran itu dikatakan sentiasa penuh dengan pelanggan. Namun, kebersihan tak dijaga. Dengan keuntungan yang besar, rasanya taklah susah untuk pihak restoran menyediakan kerusi baharu.
“Weh ni baby chair zaman bila? Aduhai mengucap aku tengok. Kedai bukan main ramai orang, sales mesti mencanak. Beli baby chair tak sampai RM50 pun tak boleh ke?”
-maizatulizzatii-
Perkongsian itu terus dapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen bukan saja terkejut, tapi turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah restoran yang ambil ringan isu kebersihan.
INI ANTARA KOMEN PEDAS NETIZEN BERKAITAN RESTORAN TERSEBUT
“First time tengok baby chair seburuk ini.”

“Tengok lantainya pun tak selera.”

“Sanggup letak atas riba atau pergi kedai lain.”

“Ni macam taraf jamban.”
“Jijik.”

Kami berharap mana-mana pemilik restoran lebih cakna dengan hal ini. Bukan setakat kena jaga kebersihan makanan, tapi kemudahan asas untuk pelanggan juga perlu diberi perhatian.
Semoga bermanfaat!
Sumber: maizatulizzatii
Baca juga: Nak Beli Tauhu Bergedil Tapi Kanak-Kanak Ini Cuma Ada RM1, Reaksi Peniaga Buat Netizen Menangis
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














