sayur bendi

Sayur bendi antara sayuran yang menjadi kegemaran ramai. Ia sedap dimasak kari, tumis air atau cicah sambal belacan.

Tapi masalah utama bila beli bendi dalam kuantiti yang banyak, ia akan cepat jadi lembik, berair dan busuk bila simpan dalam peti ais.

Sebenarnya ada cara simpan bendi yang betul supaya tahan lebih lama, kekal segar dan tak mudah rosak.

Dengan tip ini, bendi boleh tahan sampai seminggu lebih walaupun disimpan lama dalam peti sejuk.

Baca juga: Petua Simpan Batang Saderi Supaya Kekal Segar & Rangup, Confirm Tahan Lama!

CARA SIMPAN SAYUR BENDI SUPAYA TAHAN LAMA DAN TAK CEPAT ROSAK

sayur bendi

1. Jangan Basuh Bendi

Jika bendi dibasuh sebelum disimpan, kulitnya yang nipis akan cepat lembik dan berair. Sebaiknya, basuh hanya bila nak guna sahaja.

2. Simpan Dalam Bekas Bertutup

Masukkan bendi ke dalam bekas kedap udara atau tupperware. Kalau nak lebih mudah, boleh juga guna plastik ziplock. Cara ini elak bendi terkena kelembapan dalam peti ais.

3. Lapik Dengan Tisu

Letakkan tisu dapur di dalam bekas atau plastik. Tisu akan menyerap lebihan lembapan dan pastikan bendi kekal kering, tak mudah busuk. Tukar tisu jika dah terlalu lembap.

4. Simpan Di Ruang Yang Betul

Sayur perlu disimpan di ruang sayur (crisper) dalam peti ais yang direka untuk simpan sayur segar. Suhu yang sesuai akan bantu bendi tahan lebih lama berbanding simpan di bahagian atas.

5. Elak Potong Hujung Bendi Sebelum Simpan

Ramai yang suka potong hujung bendi, tapi ini sebenarnya boleh membuatkan bendi cepat rosak. Oleh itu, biarkan bendi dalam keadaan asal semasa disimpan, barulah ia tahan lebih lama.

Sumber: Lemon8

Baca juga: Cara Simpan Air Kelapa Supaya Tak Cepat Masam & Berbau, Confirm Rasa Segar Kekal Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN