cara tanak nasi

Ramai orang fikir cara tanak nasi putih ini mudah sangat, cuma basuh beras, letak air dan tekan suis periuk nasi. Betul, memang nampak senang, tapi hasilnya belum tentu jadi cantik berderai dan lembut. Kadang-kadang nasi jadi keras, lembik ataupun berketul-ketul.

Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk pastikan nasi putih masak elok, lembut dan berderai, walaupun guna beras biasa. Tak perlu pun beras mahal untuk dapat rasa yang sedap, cukup dengan beberapa bahan tambahan dan teknik yang betul.

Baca juga: Petua Simpan Batang Saderi Supaya Kekal Segar & Rangup, Confirm Tahan Lama!

CARA TANAK NASI PUTIH SUPAYA LEMBUT DAN BERDERAI

cara tanak nasi

Bahan-bahan:

  • Beras (apa-apa jenama pun boleh)
  • Minyak masak (nisbah 1:1, 1 sudu besar minyak untuk setiap 1 pot beras)
  • Garam (nisbah 1:1, 1 sudu kecil garam untuk setiap 1 pot beras)
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Basuh beras seperti biasa.
  2. Masukkan minyak, garam dan daun pandan. Kacau sedikit supaya semua bahan sebati.
  3. Sukat air menggunakan cara mudah ini: Tekan jari hingga mencecah dasar periuk, tandakan permukaan beras dengan ibu jari. Angkat jari, letakkan di atas permukaan beras, kemudian isi air sehingga paras yang ditanda dengan ibu jari tadi.
  4. Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik atau dapur gas.

Sumber: Mastura Khalid

Baca juga: Rahsia Kulit Karipap Rangup Sampai Ke Petang, Kena Tahu Sukatan & Teknik Betul

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN