lauk nasi lemak

Nasi lemak tak lengkap tanpa sambal, timun, kacang goreng, ikan bilis dan telur rebus. Tapi sebenarnya, ada pelbagai lauk nasi lemak yang boleh dijadikan sebagai sampingan.

Gabungan rasa, tekstur dan aroma pada setiap lauk menjadikan nasi lemak bertambah menyelerakan. Jadi, kami kongsikan beberapa pilihan lauk yang boleh anda jadikan idea untuk memasak nanti. Jom lihat senarainya!

Baca juga: 5 Jenis Nasi Lemak Popular Di Malaysia, No. 3 Tu Paling ‘Rare’ & Pernah Viral!

SENARAI LAUK NASI LEMAK YANG SEDAP

1. AYAM GORENG BEREMPAH

lauk nasi lemak

Kredit gambar: Facebook Rohana Mat Ramli

Lauk ringkas tapi laku keras dan sentiasa menjadi pilihan. Bau harum rempah yang disalut rata pada ayam lalu digoreng garing, lebih sedap lagi jika ditabur dengan serdak rempah rangup.

2. PARU GORENG BERLADA

Paru yang digoreng garing kemudian dilumurkan sambal berlada pedas manis memang pembuka selera. Teksturnya unik dan rasanya padu apabila dimakan dengan nasi lemak.

3. SAMBAL UDANG PETAI

Buat penggemar petai, lauk ini adalah syurga dunia. Udang segar dimasak bersama sambal pekat dan petai yang rangup. Sekali makan dengan nasi lemak, memang susah nak berhenti.

4. SOTONG GORENG TEPUNG

Bagi pencinta makanan laut, sotong goreng tepung adalah pasangan hebat untuk nasi lemak. Sotong segar bersalut tepung rangup, lebih sedap tambah sedikit perahan limau kasturi.

5. SAMBAL KERANG

lauk nasi lemak

Kredit gambar: Facebook Uya Masbah

Kerang segar yang dimasak dengan sambal pekat memang juadah klasik yang jarang menghampakan. Rasa manis kerang bersatu dengan pedas sambal, memang padu.

6. RENDANG

Tak kira rendang ayam, daging atau telur, lauk ini memang juara apabila dihidang bersama nasi lemak. Rasanya kaya dengan rempah dan santan pekat, sesuai untuk jamuan istimewa.

7. SAMBAL SOTONG

Berbeza dengan goreng tepung, sambal sotong lebih berkuah pekat dan pedas. Tapi, kuahnya yang pedas manis itulah yang membuatkan nasi lemak habis licin dimakan.

8. AYAM PERCIK

Jika anda makan nasi lemak di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pasti boleh jumpa lauk ini. Ayam yang dibakar dengan kuah percik, aromanya cukup menggoda.

9. SAMBAL IKAN AYA ATAU TONGKOL

Selain ayam percik, sambal ikan aya atau tongkol juga menjadi pilihan di negeri-negeri Pantai Timur. Rasanya pedas dan sedikit masam, sesuai dimakan pada waktu pagi.

10. KARI AYAM.

Jika nak versi lebih berkuah, kari ayam pekat berempah adalah pilihan paling tepat. Sesuai untuk mereka yang suka banjirkan nasi lemak dengan kuah.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 October 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Rajeswarhy Murugan & Norlela Abdullah

Sumber: SAYS

Baca juga: Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN