hacks makan buah kurma

Bagi anda yang kurang gemar tetapi ingin cepat habiskan stok, ini hacks makan buah kurma yang anda boleh cuba di rumah. Memang sangat sedap dan ringkas saja nak membuatnya.

Seperti yang anda tahu, buah kurma adalah sumber tenaga yang kaya dengan nutrisi penting seperti serat, gula semulajadi, vitamin, dan mineral. Namun, kadang-kadang kita mungkin akan rasa yang stok buah kurma lebih banyak daripada yang boleh kita makan sebenarnya. 

Baca juga: Senarai Kurma Yang Bukan Dari Negara Islam, Jangan Salah Beli!

Bila suda habis bulan ramadan, terbiar begitu sahaja di dalam kabinet makanan sehingga tamat tempoh. Sudah membazir makanan sunnah nabi ini. 

Jangan risau! Ini ada beberapa resipi kreatif yang dikongsikan oleh Norbaya Dahalan dan akan membantu anda menggunakan buah kurma dengan cara yang menyeronokkan dan lazat. Ikuti cara-caranya di bawah.

HACKS MAKAN BUAH KURMA, RESIPI SIMPLE DAN MUDAH

1. Kurma + Kacang

hacks makan buah kurma

Bahan-bahan:

  • 7 biji buah kurma
  • Kacang mentega / kacang hazelnut cream tanpa gula
  • Kacang gajus

Cara-caranya:

  1. Belah buah kurma dan buang bijinya. 
  2. Kemudian, sediakan peanut butter atau hazelnut cream tanpa gula
  3. Masukkan ke dalam buah kurma yang sudah tiada biji.
  4. Masukkan pula kacang gajus. Sedia untuk dinikmati

2. Kurma + Butter

hacks makan buah kurma

Bahan-bahan:

  • 7 biji buah kurma
  • Butter asli 

Cara-caranya:

  1. Belah buah kurma dan buang bijinya. 
  2. Sediakan pure butter yang jenis unsalted atau salted. Ikut citarasa masing-masing
  3. Masukkan ke dalam buah kurma yang sudah tiada bijinya.
  4. Sedia untuk dinikmati.

3. Ice Blended Kurma

Bahan-bahan:

  • 1 cawan buah kurma yang dikupas
  • 1 cawan susu full cream
  • Oats
  • Hazelnut cream 
  • Ais secukupnya
  • Air – jika perlu

Cara-caranya:

  1. Sediakan ke semua bahan di atas. Pastikan buah kurma sudah dibuang bijinya.
  2. Campurkan ke semua bahan di dalam pengisar. 
  3. Siap dan sedia untuk dinikmati. Sedap dan kenyang.

4. Air Nabeez

Bahan-bahan:

  • 3 biji buah kurma
  • 500ml air 

Cara-caranya:

  1. Sediakan gelas. 
  2. Rendamkan buah kurma yang sudah dibuang bijinya ke dalam air.
  3. Biarkan ia semalaman dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Dengan resipi-resipi kreatif ini, anda pasti dapat habiskan stok buah kurma dengan cara yang menarik dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Sumber: Lemon8 Norbaya Dahalan

Baca juga: Kenali 7 Jenis Kurma Yang ‘Famous’ Dekat Malaysia, Anda Suka Yang Mana?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN