resepi serawa durian

Kalau tengah musim durian, memang rugi kalau tak cuba resepi serawa durian. Hidangan tradisional ini bukan saja mudah disediakan, tapi rasanya sangat lemak manis dan memikat selera.

Serawa durian ini biasanya dimakan bersama pulut, roti, roti jala atau lempeng. Kuahnya pekat berlemak dengan aroma pandan dan gula melaka yang wangi, cukup buat kita teringat zaman dulu-dulu. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Pengat Bebola Durian, Bentuk Bulat-Bulat Comel & Kenyal Bila Makan!

RESEPI SERAWA DURIAN

resepi serawa durian

Bahan-bahan:

  • 2 ketul gula melaka
  • Setengah senduk gula pasir
  • 1-2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit air
  • Santan secukupnya
  • Secubit garam
  • Isi durian secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Masak gula melaka dan gula pasir bersama sedikit air di dalam periuk hingga larut sepenuhnya. Masukkan daun pandan yang telah disimpul untuk menaikkan aroma.
  2. Apabila gula sudah cair, masukkan santan, isi durian dan secubit garam. Kacau perlahan di atas api sederhana supaya santan tidak pecah.
  3. Teruskan memasak sehingga kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat. Perhatikan supaya tidak terlalu lama atas api agar rasanya kekal lemak manis.
  4. Siap untuk dihidang. Serawa durian ini enak dimakan panas-panas bersama pulut, roti, roti jala atau lempeng. Memang padu!

Sumber resipi dan gambar: Rose Tina Abdullah

Baca juga: Cara Mudah Buat Pulut Durian & Kuah Santan, Nikmatnya Tak Terkata!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN