asam gumpal

Bila bulan Ramadan tiba, kuih muih dan manisan memang jadi pilihan utama. Salah satunya yang menjadi kegilaan adalah asam gumpal, kuih tradisional Melayu yang terkenal di Pantai Timur.

Kuih yang juga dipanggil ‘sagupal’ ini dibuat dengan biji sagu dan dimasak dengan santan, rasanya memang memikat. Kalau ada yang tak pernah rasa, jom cuba resipi perkongsian Mas Cotek ini, pasti puas hati!

Baca juga: Buat Sendiri Kuih Sopang Tradisi Negeri Sembilan, Payah Nak Jumpa Orang Jual!

RESEPI KUIH ASAM GUMPAL

asam gumpal

Bahan asam gumpal:

  • 2 cawan sagu
  • 1 cawan air panas mendidih

Bahan inti:

Bahan kuah:

  • 4 cawan santan
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh halba
  • 2-3 sudu makan gula pasir

Cara penyediaan:

  1. Untuk inti, rebus kacang hijau hingga kembang.
    Masukkan gula dan masak hingga kering. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibulatkan. Ketepikan.
  2. Basuh sagu dan toskan selama sekurang-kurangnya satu jam.
  3. Masukkan air panas mendidih. Kacau hingga sebati dan boleh dikepal.
  4. Ambil sedikit sagu dan masukkan inti kacang hijau yang telah dibulatkan. Kemaskan dan bentukkan seperti bebola.
  5. Kukus selama 10 minit sehingga sagu menjadi jernih. (Lapik kukusan dengan plastik ketika mengukus sagupal).
  6. Untuk kuah, satukan semua bahan kuah dan masak menggunakan api perlahan hingga mendidih.
  7. Masukkan sagupal ke dalam kuah dan tutup api. Biarkan sejuk.
  8. Asam gumpal siap untuk dinikmati.

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Cara Buat Popia Sira Confirm Jadi, Ini Rahsia Kekal Rangup Sampai Malam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN