Resipi fruit rice paper roll ini sesuai untuk anda yang mahukan snek segar dengan gabungan tekstur yang menarik. Lapisan rice paper yang kenyal bertemu dengan buah-buahan segar, menghasilkan gigitan yang ringan dan menyegarkan.

Hidangan ini juga boleh dijadikan pilihan untuk sarapan ringan, minum petang, atau pencuci mulut selepas makan malam. Rasanya tidak terlalu berat, terutama apabila dinikmati sejuk.

Paling menariknya lagi, resipi ini mudah diubah mengikut cita rasa sendiri. Kalau suka rasa lebih berkrim, boleh tambah Greek yogurt. Biji chia pula memberikan tekstur tambahan pada setiap gigitan. 

Baca juga: Resipi Karipap Rangup Guna ‘Rice Paper’, Cara Ini Lagi Mudah Sebab Tak Perlu Uli Doh

CARA BUAT FRUIT RICE PAPER ROLL

fruit rice paper rollBahan-bahan:

  • 3 keping rice paper
  • 150–200g buah segar, dipotong dadu kecil seperti mangga, strawberi, epal, pir, peach, tembikai atau buah pilihan
  • Air masak secukupnya untuk melembutkan rice paper

Bahan tambahan (pilihan):

  • Greek yogurt rendah lemak
  • Chia seed
  • Pemanis rendah kalori jika suka rasa lebih manis

Cara penyediaan:

  1. Potong semua buah kepada saiz kecil dan ketepikan.
  2. Celup sekeping rice paper ke dalam air selama 3–5 saat sehingga lembut. Jangan rendam terlalu lama kerana rice paper mudah koyak.
  3. Letakkan rice paper di atas pinggan atau permukaan rata. Susun buah di bahagian tengah.
  4. Jika suka tekstur lebih creamy, tambahkan sedikit Greek yogurt atau taburkan chia seed.
  5. Lipat bahagian tepi rice paper dan gulung kemas seperti membuat wrap.
  6. Ulang langkah yang sama untuk baki rice paper dan buah.
  7. Simpan dalam peti ais selama 15–30 minit sebelum dihidangkan.

Siap! Rice paper buah ini lebih sedap dinikmati ketika sejuk. Boleh juga ubah pilihan buah mengikut apa yang ada di rumah.

Sumber: Threads Raqib Idar

Baca juga: Resipi Fruit Mochi Versi Sihat Guna ‘Rice Paper’, Makan Banyak Pun Tak Rasa Bersalah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending