cara buat jeruk mangga

Cara buat jeruk mangga ini memang antara resipi homemade yang sentiasa jadi kegemaran ramai, terutama bila ada mangga muda yang masam segar. Tak perlu bahan pelik, cuma ikut langkah yang betul, hasilnya memang rangup dan sedap.

Jeruk mangga ini bukan saja jadi kudapan petang, tapi juga “snek wajib” dalam peti ais rumah. Sekali buka balang, memang susah nak berhenti makan sampai tinggal air sahaja.

Resipi ini sangat mudah diikuti walaupun untuk yang baru nak cuba buat jeruk sendiri di rumah. Dengan teknik rendaman dan air gula yang betul, hasilnya memang ‘kruk krak’ rangup, masam manis seimbang!

Baca juga: Jom Buat Sendiri Jeruk Cili Padi Di Rumah, Ikut Tip Ini Memang Rangup Elok!

CARA BUAT JERUK MANGGA RANGUP

cara buat jeruk mangga

Bahan-bahan:

  • 4–5 kg mangga muda
  • Air kapur secukupnya (untuk rendaman)
  • Garam secukupnya (untuk rendaman)
  • 2 kg gula
  • 2.5 liter air

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong mangga muda ikut saiz yang anda suka. Boleh juga kupas kulit jika mahu lebih lembut.
  2. Rendam mangga dalam air kapur selama 30 minit hingga 1 jam.
  3. Selepas itu, basuh bersih mangga untuk buang sisa air kapur.
  4. Rendam pula dalam air garam selama 2 malam supaya rasa lebih masin dan seimbang.
  5. Hari ketiga, basuh sekali lagi mangga hingga bersih dan toskan.
  6. Masak air gula menggunakan 2 kg gula bersama 2.5 liter air. Kacau hingga gula larut, kemudian biarkan sejuk sepenuhnya.
  7. Masukkan mangga ke dalam balang atau bekas bersih, kemudian tuangkan air gula yang sudah sejuk hingga semua mangga tenggelam.
  8. Peram selama 1 malam pada suhu bilik.
  9. Selepas itu, simpan dalam peti ais. Jeruk ini boleh tahan lama, tetapi biasanya dalam seminggu memang sudah licin!

Sumber: Suraya Ismail

Baca juga: Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Buat Ketagih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN