Fruit mochi kini jadi antara snek viral yang ramai cuba buat di rumah sebab ia nampak comel, fresh dan paling penting, tak rasa bersalah bila makan! Gabungan buah segar dengan yogurt berkrim memang buatkan snek ini jadi kegemaran ramai.

Bayangkan balik kerja atau balik sekolah, panas-panas, tiba-tiba dapat makan fruit mochi yang sejuk dari chiller. Memang rasa lega dan segar satu badan. Lagi menarik, tak perlu bahan yang susah pun. Semua boleh dapat dari kedai biasa saja.

Resipi ini juga sesuai untuk mereka yang sedang jaga pemakanan atau nak cari alternatif dessert yang lebih sihat. Ada juga yang kata sesuai untuk kesihatan dalaman wanita kerana menggunakan yogurt dan buah-buahan segar. Ringkas, cepat dan tak renyah langsung!

Baca juga: Resipi Koleh Ubi Badak Ungu, Kuih Tradisional Lembut Manis Berlemak Yang Menggamit Nostalgia!

RESIPI FRUIT MOCHI.3 BAHAN GUNA ‘RICE PAPER’

fruit mochi

Bahan-bahan:

  • Greek yogurt (cadangan: Suglo sebab lebih berkrim dan sedap)
  • Buah-buahan pilihan (strawberi, mangga, kiwi, anggur atau ikut suka)
  • Rice paper

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong buah kecil-kecil dan campurkan dengan greek yogurt sehingga sebati.
  2. Basahkan rice paper dengan air biasa sehingga lembut.
  3. Letakkan campuran yogurt dan buah di tengah rice paper.
  4. Wrap atau lipat seperti bungkusan kecil sehingga kemas.
  5. Siap untuk dimakan terus atau simpan sekejap dalam chiller untuk rasa lebih sejuk dan kenyal seperti mochi.

Sumber: Thread yayazaky_

Baca juga: Cara Buat Donat Gebu Macam Kapas, Rahsianya Letak 1 Sudu Cuka Makan Je!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending