
Ramai sebenarnya sedang mencari cara buat donat gebu yang betul-betul menjadi — lembut, fluffy dan kekal sedap walaupun dah sejuk. Ada yang dah cuba pelbagai resipi, tapi donat masih keras, serap minyak atau tak naik cantik.
Menariknya, perkongsian resipi viral daripada Nurul Syafiqah ini berjaya tarik perhatian ramai sebab menggunakan satu bahan mudah yang ramai tak sangka, iaitu cuka makan.
Hanya tambah 1 sudu cuka makan dalam doh, hasil donat jadi lebih lembut, gebu macam kapas dan teksturnya ringan bila digigit. Ditambah pula dengan aroma pandan serta salutan susu tepung dan gula aising, memang nampak sangat menyelerakan.
Kalau anda sedang cari cara buat donat gebu yang mudah, sedap dan confirm jadi, resipi ini memang wajib cuba!
Baca juga: Tips Roti Lembut Macam Bakeri, Ini Rahsia Doh Gebu & Naik ‘Montok’ Cantik
RESIPI CARA BUAT DONAT GEBU VIRAL

Bahan-bahan:
- 200ml air suam
- 1 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 2 ½ sudu besar susu tepung
- 1 ½ sudu kecil yis kering
- 1 sudu besar cuka makan
- Beberapa titik pewarna hijau
- 1 sudu kecil emulco pandan
- 2 ½ cawan tepung gandum
- ½ sudu kecil garam
- 2 ½ sudu besar marjerin
Bahan salutan:
- Susu tepung secukupnya
- Gula aising secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan Semua Bahan Basah
- Masukkan air suam, telur, gula, susu tepung dan yis ke dalam bekas besar.
- Kacau hingga semua bahan sebati. Selepas itu, masukkan pula cuka makan, emulco pandan dan pewarna hijau.
- Inilah antara rahsia utama buat donat gebu yang ramai tak tahu.
2. Uli Doh Hingga Licin Dan Elastik
- Masukkan tepung gandum bersama garam sedikit demi sedikit sambil diuli.
- Bila doh mula terbentuk, tambahkan marjerin dan terus uli sehingga doh jadi lembut, licin dan elastik.
- Kalau doh terlalu melekat di tangan, boleh tambah sedikit tepung gandum.
3. Perap Doh Sampai Naik Cantik
- Tutup doh menggunakan kain bersih atau plastik.
- Biarkan doh diperap kira-kira 1 jam atau sehingga naik dua kali ganda.
- Proses ini penting untuk memastikan hasil donat lebih lembut dan gebu.
Cara Goreng Donat Supaya Cantik Dan Tak Serap Minyak
- Tumbuk doh untuk keluarkan angin
- Bentukkan doh ikut saiz kegemaran
- Rehatkan doh beberapa minit sebelum goreng
- Gunakan api sederhana supaya masak sekata
- Pastikan minyak cukup panas sebelum mula menggoreng
Selepas donat siap digoreng, terus salut dengan susu tepung dan gula aising ketika masih suam.
Memang nampak fluffy dan menyelerakan!
Tips Penting Buat Donat Gebu Jadi Lebih Lembut
- Jangan guna air terlalu panas kerana boleh membunuh yis
- Uli doh secukupnya supaya tekstur lebih lembut
- Jangan letak terlalu banyak tepung kerana donat boleh jadi keras
- Gunakan api sederhana ketika menggoreng
Kalau selama ini anda tercari-cari cara buat donat gebu yang mudah dan confirm menjadi, resipi viral ini memang patut dicuba sendiri di rumah.
Tak sangka hanya dengan tambahan 1 sudu cuka makan, hasil donat boleh jadi selembut kapas dan sedap dimakan bila-bila masa!
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Syafiqah
Baca juga: Buat Donat Tanpa Yis Guna Bahan Simple, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














