
Koleh Ubi Badak atau lebih dikenali juga sebagai kuih berasaskan ubi ungu memang antara kuih tradisional yang cukup dekat di hati ramai orang Malaysia. Kalau sebut sahaja Ubi Badak, mesti terbayang warna ungu semula jadi yang cantik serta rasa lemak manis yang buat kita susah nak berhenti makan.
Kuih ini biasanya jadi pilihan bila ada majlis kecil, minum petang atau sekadar nak mengubat rindu pada kuih lama yang pernah kita makan masa kecil dulu. Teksturnya lembut, sedikit kenyal dan penuh rasa santan yang menyelerakan.
Menariknya, resipi ini tidak perlukan bahan yang rumit pun. Gabungan bahan asas seperti tepung beras dan santan sudah cukup untuk menghasilkan kuih yang sedap dan beraroma tradisional. Jom kita cuba buat sendiri di rumah!
Baca juga: Resipi Pau Coklat Anti Kedut, Tak Ramai Letak 1 Bahan Ini Supaya Lagi Gebu & ‘Bambam’
RESIPI KOLEH UBI BADAK UNGU

Bahan-bahan:
- 500 gm ubi badak (ubi ungu)
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 500 ml santan (campuran santan pekat + air)
- Sedikit garam
Cara-cara penyediaan:
- Rebus ubi badak bersama sedikit garam sehingga lembut.
- Bila dah empuk, lecekkan ubi hingga halus.
- Dalam bekas lain, gaulkan santan, tepung beras dan gula hingga sebati.
- Masukkan ubi yang telah dilecek tadi ke dalam adunan. Kacau rata supaya tidak berketul.
- Masak atas api sederhana sambil dikacau berterusan.
- Teruskan mengacau hingga adunan pekat dan mula berbunyi “letup-letup” – tanda kuih dah masak.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak.
- Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
Sumber: Xara Nur Iman
Baca juga: Resipi Jejari Roti Bersalut Rangup & Mengenyangkan, Sarapan ‘Last Minute’ Paling Mudah Disediakan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














