eggs benedict

Eggs Benedict ialah hidangan sarapan yang terdiri daripada sekeping roti muffin yang ditutup dengan daging bakon, telur benedict, dan sos Hollandaise yang kaya dan berperisa.

Baca juga: Resipi English Muffin Yang Sesuai Dijadikan Menu Sarapan Pagi

Berikut adalah cara menyediakan Eggs Benedict menerusi resipi dari perkongsian Cik Puan Nadia Arluna


RESIPI EGGS BENEDICT ALA HOTEL 5 BINTANG

eggs benedict

Bahan-bahan buat English Muffin:

Bahan Sos Hollandaise:

  • 250g Butter (cairkan)
  • 3 biji Kuning Telur
  • 2 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Cayyene
  • 1 sudu besar Perahan Lemon

Bahan Poached Eggs:

  • 4 cawan Air
  • 1 cawan Cuka
  • Telur

Cara-cara penyediaan: 

English Muffin:

1. Saya pakai breadmaker Morgan. Jadi tak payah bancuh yis dlu.

2. Masukkan dalam breadmaker susu, tepung, mentega, yis, garam, telur, dan madu.

3. Setkan untuk dough nombor 8 dan tekan ‘start’. Lepas siap, canaikan dan potong bulat.

4. Tutup dengan kain bagi doh kembang lagi 1 jam. Lepas kembang, panaskan atas kuali tanpa minyak. – Taburkan corn meal dan terbalikkan bila nampak keperangan.

5. Panaskan sebelah lagi bahagian hingga keperangan. Belah dua. 

Sos Hollandaise:

1. Cairkan butter atas api sederhana sampai berbuih.

2. Dalam blender, masukkan kuning telur, garam, cayyene dan air perahan lemon dan tekan butang ‘on’ blender.

3. Semasa blender on, masukkan butter panas sampai kuah itu pekat.

4. Kalau masih cair boleh masukkan sedikit susu panas dan pukul menggunakan mixer hingga pekat.

Poached Egg:

1. Panaskan air sampai mendidih.

2. Masukkan cuka.

3. Masukkan telur perlahan-lahan di permukaan air panas.

4. Masak sampai 3 minit. Angkat dengan penapis perlahan-lahan.

Cara susun hidangan:

1. Letakkan sekeping English muffin panggang di atas pinggan.

2. Letakkan hirisan daging bakon di atas roti muffin.

3. Letakkan telur benedict yang direbus di atas daging.

4. Tuangkan sos Hollandaise di atas telur dan hidangan.

5. Hias dengan sedikit daun ketumbar atau parsley jika dikehendaki. Sedia untuk dinikmati!


Kena ingat yang proses penyediaan hidangan ini memerlukan sedikit latihan untuk mendapatkan tekstur dan keperangan telur yang diingini.

Jangan risau kalau pertama kali tidak berjaya, terus mencuba dan boleh perbaiki kemahiran anda dari masa ke semasa. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sausage Puff Sedap, Sesuai Untuk Sarapan & Bekal Untuk Anak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN