ayam masak bali

Tiada idea nak masak menggunakan ayam? Kalau bosan asyik masak lauk yang sama, jom cuba buat ayam masak bali yang sedap dan menyelerakan ini.

Makan dengan nasi panas-panas memang nikmat! Kalau ada sekali ulam, timun dan kubis lagi umphh! Umi Watie ada berkongsikan resipinya di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Ayam Masak Bali

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1 biji bawang merah**
  • 10 batang cili kering**
  • ½ inci belacan**
  • 1 inci gula nise
  • ¼ cawan kicap manis
  • Daun kari

Cara-cara:

1. Kisar halus bahan bertanda (**).

2. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ayam. Goreng ayam jangan sampai kering.

3. Baki minyak tadi, tumiskan daun kari dan serai sampai wangi.

4. Bila serai dan daun kari dah wangi, masukkan bahan kisar halus tadi. Tumis sampai pecah minyak.

5. Tumis menggunakan api perlahan sehingga semua pecah minyak seperti ini. Kalau suka pedas, boleh tambahkan cili kering.

6. Masukkan air dalam 1 cawan.

7. Masukkan kicap manis. Biarkan mendidih dan menggelegak supaya semua bahan mesra.

8. Masukkan gula nise/gula kerek atau apa-apa gula. Biarkan semua bahan mereneh.

ayam masak bali

9. Masukkan ayam yang digoreng tadi.

ayam masak bali

10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sebati.

ayam masak bali

11. Buat pekat melekat gini. Gaulkan dengan nasi, memang sedap.

ayam masak bali

Kredit: Umi Watie

Baca juga: Begini Cara Masak Ayam Paprik Yang Lagi Padu, Confirm Tak Order Kat Kedai Dah