Categories: Hiburan

Wanita Bengang Peniaga Balut Pulut Sambal Guna Daun Pisang Kotor, Penuh Ulat!

Dapat beli kuih sedap, memang gembira tak terkata. Berbeza pula dengan apa yang dihadapi oleh seorang wanita, pulut sambal yang dibelinya dibalut dengan daun pisang kotor.

Baru-baru ini, seorang wanita yang mesra dipanggil Siti telah meluahkan rasa kecewa di akaun TikToknya iaitu sity_187 selepas membeli sebungkus pulut sambal daripada seorang peniaga.

Baca juga: Wanita Terkejut Beli Kuih Ada Tanah, Netizen Syak Gerai Tepi Jalan Ini Kena Sihir

WANITA KECEWA PENIAGA GUNA DAUN PISANG KOTOR UNTUK BALUT PULUT SAMBAL

@sity_187 Tolongla kalau diri tu pemalas & pengotor tlg tlg jgn buat makanan utk jual, masa balut plt sambal ni xkan xnmpk daun tu 😣 xkan ambk dr pokok xlap dulu bersih2 masalahnya aku da mkn sebijik eeeeeeeee geli tekak wehh !!!! sebijik daun pisang kotoq lg sebijik aku buka ada tuuu makhluk pa xtau yg hitam tu. eeeeee pengotoq sguhla. #fypage #seriab ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Melalui perkongsian video itu, dapat dilihat daun pisang yang membaluti pulut sambal itu sangat kotor dan dipenuhi kulat, sarang ulat kempompong, habuk serta banyak tompok putih.

Melihat daun pisang itu seolah-olah tak dibersihkan sama sekali, Siti berpendapat individu yang bersifat pengotor tak sepatutnya menjadi seorang peniaga makanan.

“Tolonglah kalau diri tu pemalas dan pengotor tolong jangan buat makanan untuk dijual. Masa balut pulut sambal ni takkan tak nampak daun tu?”

-Siti-

TERJUMPA SERANGGA PEROSAK BERWARNA HITAM DALAM BUNGKUSAN LAIN, SIAP BERGERAK-GERAK!

Paling mengejutkan, Siti sudah pun makan pulut sambal itu sebelum menyedari keadaan daun pisang yang kotor. Malahan, dia juga menjumpai serangga perosak berwarna hitam dalam satu lagi bungkusan daun pisang.

“Takkan ambil dari pokok tak lap dulu bersih-bersih. Masalahnya aku dah makan sebiji, geli tekak weh! Daun pisang lagi sehelai aku buka tu ada makhluk (ulat) warna hitam. Pengotor sungguhlah.”

-Siti-

Banyak risiko yang perlu dihadapi ketika beli makanan di luar. Bukan lihat pada kesedapannya saja, namun perlu dilihat juga pada kebersihan makanan tersebut.

Sebelum beli makanan daripada peniaga di luar, anda dinasihatkan untuk melihat dahulu keadaan gerai tersebut. Jika bersih, maka lebih terjamin selamat untuk membelinya.

Jika beli secara dalam talian, anda perlu lihat maklum balas pelanggan lain yang pernah membelinya. Senang cerita, apa-apa pun perlu periksa terlebih dahulu sebelum membeli.

Semoga bermanfaat!

Sumber: sity_187

Baca juga: Wanita Teruja Kongsi Puding Longan Bandung, Tapi Lain Pula Yang Netizen Komen 

 

Dapat beli kuih sedap, memang gembira tak terkata. Berbeza pula dengan apa yang dihadapi oleh seorang wanita, pulut sambal yang dibelinya dibalut dengan daun pisang kotor.

Baru-baru ini, seorang wanita yang mesra dipanggil Siti telah meluahkan rasa kecewa di akaun TikToknya iaitu sity_187 selepas membeli sebungkus pulut sambal daripada seorang peniaga.

Baca juga: Wanita Terkejut Beli Kuih Ada Tanah, Netizen Syak Gerai Tepi Jalan Ini Kena Sihir

WANITA KECEWA PENIAGA GUNA DAUN PISANG KOTOR UNTUK BALUT PULUT SAMBAL

Melalui perkongsian video itu, dapat dilihat daun pisang yang membaluti pulut sambal itu sangat kotor dan dipenuhi kulat, sarang ulat kempompong, habuk serta banyak tompok putih.

Melihat daun pisang itu seolah-olah tak dibersihkan sama sekali, Siti berpendapat individu yang bersifat pengotor tak sepatutnya menjadi seorang peniaga makanan.

“Tolonglah kalau diri tu pemalas dan pengotor tolong jangan buat makanan untuk dijual. Masa balut pulut sambal ni takkan tak nampak daun tu?”

-Siti-

TERJUMPA SERANGGA PEROSAK BERWARNA HITAM DALAM BUNGKUSAN LAIN, SIAP BERGERAK-GERAK!

Paling mengejutkan, Siti sudah pun makan pulut sambal itu sebelum menyedari keadaan daun pisang yang kotor. Malahan, dia juga menjumpai serangga perosak berwarna hitam dalam satu lagi bungkusan daun pisang.

“Takkan ambil dari pokok tak lap dulu bersih-bersih. Masalahnya aku dah makan sebiji, geli tekak weh! Daun pisang lagi sehelai aku buka tu ada makhluk (ulat) warna hitam. Pengotor sungguhlah.”

-Siti-

Banyak risiko yang perlu dihadapi ketika beli makanan di luar. Bukan lihat pada kesedapannya saja, namun perlu dilihat juga pada kebersihan makanan tersebut.

Sebelum beli makanan daripada peniaga di luar, anda dinasihatkan untuk melihat dahulu keadaan gerai tersebut. Jika bersih, maka lebih terjamin selamat untuk membelinya.

Jika beli secara dalam talian, anda perlu lihat maklum balas pelanggan lain yang pernah membelinya. Senang cerita, apa-apa pun perlu periksa terlebih dahulu sebelum membeli.

Semoga bermanfaat!

Sumber: sity_187

Baca juga: Wanita Teruja Kongsi Puding Longan Bandung, Tapi Lain Pula Yang Netizen Komen 

 

Aimi

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

5 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

6 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

7 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

8 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

8 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

8 hours ago