Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengarahkan para pengimport untuk menarik balik beberapa produk makanan dari Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porcine) dari pasaran Malaysia.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajudin Suhaimee berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah pun memulakan pemantauan segera bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan sekiranya produk-produk tersebut ditemui di pasaran tempatan.
Menurut beliau, JAKIM memandang serius kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia berkaitan isu ini.
Baca juga: 3 Jenis Pokok Kari Di Malaysia, Jangan Main Petik Nanti Masakan Kurang ‘Wangi’!
Berdasarkan maklumat rasmi dari BPJPH, sebanyak 11 ‘batch’ dari 9 produk makanan telah disahkan mengandungi DNA babi selepas ujian makmal dijalankan.
Daripada jumlah itu, 9 ‘batch’ melibatkan produk yang mempunyai sijil halal, manakala 2 ‘batch’ lagi tidak mempunyai sijil halal.
Susulan itu, JAKIM menyeru orang ramai supaya lebih peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak produk-produk berkenaan di pasaran. Sebarang maklumat atau aduan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.
Sumber: Kosmo
Baca juga: Nama Lain Untuk GULA Yang Ramai Tak Tahu, Jangan Tertipu Dengan Label ‘Free Sugar’
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…