daging masak lada hitam

Daging masak lada hitam antara hidangan yang digemari ramai. Dengan kombinasi rasa pedas dan aroma bawang putih yang memikat, ia memang susah untuk ditolak. Resipi ini bukan saja mudah, tetapi juga boleh diubah suai mengikut selera.

Selain itu, daging dihiris nipis supaya senang dikunyah. Penggunaan bawang putih, bawang holland, serta cili merah dan hijau menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan penuh rasa.

Resipi ini juga tidak memerlukan banyak masa, jadi sesuai untuk disediakan sebagai hidangan harian. Cubalah, pasti puas hati dengan kelazatannya!

Baca juga: Cara Masak Kari Daging Tanpa Santan, Tetap Pekat & Rasa Lemak

RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM

Bahan-bahan:

  • Daging, dihiris nipis (senang dikunyah)
  • Sedikit lemak untuk menambah rasa
  • 4 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • Bawang holland, dihiris nipis
  • Cili merah/cili hijau, dipotong serong
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu sos lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daging dan goreng sehingga daging menjadi lembut (sesetengah orang lebih suka merebus daging terlebih dahulu).
  3. Apabila daging sudah lembut, masukkan kicap pekat, sos lada hitam, garam secukup rasa, dan serbuk lada hitam. Gaul hingga sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan bawang Holland, cili merah, dan cili hijau. Kacau sekejap dan tutup api.
  5. Jika suka kuah yang pekat, boleh lebihkan sos lada hitam. Jika mahu berkuah sedikit, tambah sedikit air.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Effinorlianawati Rosdzali

Baca juga: Resipi Daging Masak Merah Ala Thai, Sama Sedap Macam Dekat Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN