Pernah tak rasa masakan daging masak kicap pedas? Berbeza dengan masak kicap biasa, hidangan ini ditambah dengan bahan rempah yang membuatkannya lagi sedap terutama bila dinikmati bersama nasi minyak, nasi arab atau nasi putih.
Resipi ini memang ringkas sebab rasa lauknya memang sedap kerana cukup rasa rempah.
Baca juga: Cairkan Daging Beku Cara BETUL, Elak Risiko Keracunan Makanan
Ada yang ikut resipi ini untuk buat lauk masakan kenduri, ada yang buat untuk makan bersama keluarga dan tak kurang juga yang masak lauk ini untuk jualan setiap hari. Yang pasti ramai suka!
Tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad ini nampak mudah dan senang saja nak ikut.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Tumis bawang kisar sampai garing dan kekuningan.
2. Masukkan cili kisar,tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga.
4. Masukkan daging batang pinang,serai, daun limau purut . Gaul rata sampai mendidih.
5. Masukkan kicap, sos cili dan biarkan sekejap. Bila dah peka, tambah lagi air sedikit demi sedikit, tambah lagi kicap.
6. Daging batang pinang ini cepat lembut, jadi tak perlu direbus dulu. Bila dah mendidih, masukkan bawang holland, cili merah hiris, cili padi. Gaul rata, masak sampai dia jadi agak pekat. Dah siap masak, boleh tutup api.
7. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi Daging Masak Kicap Pedas ini.
Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…