Rindu nak makan Roti Khurasan? Jom buat sendiri di rumah. Lagi puas hati dapat buat inti padat dan gebu gebas.
Kalau tak pernah memang rugi kerana rasanya sungguh sedap, pedas dan rangup. Sesuai dijadikan untuk hidangan minum petang, bekalan suami ke kerja dan anak ke sekolah.
Baca juga: Piza Roti Tanpa Bakar, Resipi Guna Roti Buku Ini Dapat 4.4K Shares!
Bagi anda yang tertanya macam mana resipi roti khurasan ini, ikuti perkongsian resipi oleh Cik Puan Nur Hazlina Othman di bawah. Sekali cuba pasti nak lagi, memang sedap!
Bahan-bahan:
Cara Masak Inti:
1. Tumis bawang holland yang didadu dengan sedikit minyak.
2. Masukkan daging @ayam kisar.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato secukup rasa.
4. Perasakan dengan garam, masak sampai sedikit kering. Tutup api.
Cara Masak Roti:
1. Belah tengah atau belah tepi roti.
2. Masukkan inti dan cheese. Sumbat isi itu padat, baru nak puas gigit!
3. Balutkan dengan kulit popia dengan kemas sebanyak 2 kali.
4. Goreng dengan minyak yang panas. Balikkan 2 atau 3 kali sahaja supaya tak serap minyak.
5. Siap! Kena sebiji pun kenyang! Jika ada lebihan roti khurasan yang belum digoreng, boleh disimpan dalam frozen.
Selamat mencuba resipi roti khurasan ini.
Baca juga: Roti Puri Tanpa Pakai Yis, Tetap Kembang Dan Lembut Guna 4 BAHAN Ini
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…