daging goreng kunyit simple

Mak-mak paling sibuk di dapur pada waktu tengah hari kerana harus menyiapkan juadah sebelum anak pulang dari sekolah. Lauk paling mudah ialah Daging Goreng Kunyit simple.

Tak dinafikan ramai berdepan dengan masalah daging yang liat dan susah dikunyah. Ada yang berpendapat wajib guna daging batang pinang untuk masak Daging Goreng Kunyit.

Sebenarnya walaupun tak guna daging batang pinang, hidangan anda takkan jadi liat dan tetap lembut jika tahu cara masak yang betul.

Nak tahu cara buat Daging Goreng Kunyit simple dan sedap, anda boleh ikut langkah demi langkah yang diajar oleh Kamariah Hashim di Facebook ini.

Baca juga: Daging Masak Merah, Tambah ‘Sos Ini’ Kalau Nak Merah Mengiurkan

RESIPI DAGING GORENG KUNYIT SIMPLE

daging goreng kunyit simple

Bahan A:

Bahan B:

  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 biji cili hijau (dihiris serong)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 inci halia (dihiris besar)

Bahan C:

  • Lobak merah (dipotong nipis panjang)
  • Bunga kobis (dipotong kecil)

Cara-cara:

1. Gaulkan daging dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian perap dalam 15 minit.

2. Masukkan daging diperap tadi ke dalam kuali dan masukkan air sehingga tenggelam dagingnya.

3. Masukkan sesudu minyak masak untuk lembutkan daging, rebus sehingga kering airnya.

4. Apabila air sudah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Apabila sudah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali.

5. Masukkan Bahan B dan goreng sehingga naik bau, kemudian masukkan Bahan C. Goreng sampai lobak merah dan bunga kobis lembut sikit, kemudian gaul rata. Siap untuk dihidang!

daging goreng kunyit simple

Mak-mak mesti suka lauk yang mudah, jadi Daging Goreng Kunyit simple ini memang pilihan terbaik untuk anda jadikan sebagai hidangan tengah hari atau malam.

Selamat mencuba!

Sumber: Kamariah Hashim

Baca juga: Daging Masak Hitam Simple, Cara Perap Begini Buat Lauk Lebih Padu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN