daging bistik

Mak-mak mesti dah biasa buat telur bistik untuk dijadikan sebagai lauk. Apa kata hari ini anda cuba membuat Daging Bistik yang lain dari yang lain?

Bila disebut tentang Daging Bistik, bunyinya seperti susah dimasak. Sebenarnya ia tak seperti yang anda fikirkan, malah ia adalah lauk yang paling mudah dimasak!

Jika anda belum pernah makan Daging Bistik, kami cadangkan anda cuba mengikuti resepi yang dikongsikan oleh Putra Bugis Temasek di Facebook ini.

Baca juga: Cara Mudah Masak Daging Dendeng, Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk & Sebati Elok

RESIPI DAGING BISTIK

daging bistik

Bahan-bahan lauk:

  • 500g daging batang pinang
  • 400g ubi kentang, dikiub 2 cm (lebih kurang 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
  • 4 camca besar tepung gandum
  • 4 camca besar marjerin
  • 3 camca besar minyak masak
  • 1 camca teh lada hitam biji (ditumbuk halus)
  • 4cm kulit kayu manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kacang pis (untuk hiasan)

Bahan-bahan kuah:

  • 200ml air (boleh lebihkan kalau suka berkuah)
  • 120ml sos tomato
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar tomato puree
  • 1 kiub stok daging (tambahan)

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara-cara:

1. Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan tisu dapur hingga kering.

2. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam, kemudian perap 30 minit dalam peti sejuk.

3. Dalam kuali, panaskan minyak dan marjerin hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum.

5. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.

6. Masukkan daging dan semua bahan-bahan kuah, kemudian kacau rata. Tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu).

7. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika okay boleh matikan api. Siap!

daging bistik

Hidangan Daging Bistik anda akan nampak lebih menarik dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Selamat mencuba!

Sumber: Putra Bugis Temasek

Baca juga: Daging Masak Merah, Tambah ‘Sos Ini’ Kalau Nak Merah Mengiurkan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN