kek lapis milo horlick

Jom buat Kek Lapis Milo Horlick untuk juadah raya nanti. Tak adalah bosan nak buat kek yang sama je bila tiba hari raya. 

Kek seperti ini pasti digilai anak-anak anda. Untuk pengetahuan anda, kek lapis sarawak ini memerlukan kemahiran dan teknik yang betul supaya kek lapis kelihatan cantik.

Kek Lapis Sarawak merupakan ikon pelancongan Bumi Kenyalang dan ia sering kali menjadi hidangan istimewa untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Baca juga: Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai, Tapau Sampai Berkotak-Kotak

Ia mula popular sekitar hujung tahun 90-an apabila seorang chef Sarawak, Rabiah Amit telah menerbitkan beberapa edisi resepi Kek Lapis Sarawak yang menghimpunkan puluhan resepi dan teknik pembuatan kek yang rumit seperti kek lapis gulung dan kek lapis dengan corak geometri.

Apa saja jenis kek yang menggunakan bahan utamanya ialah coklat pasti menjadi kesukaan ramai. Kek lapis ini juga boleh dijadikan hidangan bila adanya majlis rumah terbuka selain menyambut hari raya.

Biasanya ia akan dipotong kecil dan hidang di dalam balang kuih raya atau pinggan. Sekali pandang boleh terpikat dibuatnya kerana warnanya yang cantik, menarik perhatian dan mempunyai tekstur yang lembut.

Mari kita ikuti perkongsian resipi kek lapis milo horlick yang dikongsikan oleh Cik Puan AyunawitaAida Ja’afar. Bila dah pandai buat kek ni bolehlah gunakan skill yang ada untuk berniaga kek lapis pula.


RESIPI KEK LAPIS MILO HORLICK

bahan kek lapis milo horlick

Saiz Loyang: 8×8

Bahan-bahan: 

  • Butter 450g
  • Gula kastor 1 cawan
  • Telor gred A 10 biji
  • Susu pekat 1/2cawan
  • Horlick 1½cawan
  • Milo 1½ cawan
  • Esen vanila 1 sudu teh
  • Susu cair ½ cawan
  • *Tepung gandum 3cawan (ayak)
  • *Baking powder 1sudu teh (ayak)
  • *Biskut kraker ½cawan (kisar halus & ayak)

Nota: Bahan bertanda * disatukan lepas ayak

Cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan esen vanila & susu pekat, putarkan hingga sebati.

4. Masukkan tepung sedikit² diselangi susu cair. Putar hingga sebati.

5. Bahagi 2 adunan untuk horlick & milo.

6. Sediakan pengukus. Biar panas dulu.

7. Kukus setiap lapis selama 7 minit.

8. Lapisan akhir dikukus 45 minit. Sejukkan dan siap untuk dihidang!

kek lapis milo horlick


Kek ini boleh disimpan dalam balang kuih atau diletakkan dalam bekas yang tak mudah semut masuk.

Cuba anda lihat pada gambar yang dikongsikan, memang terliur dibuatnya dan memang patut cuba!

Nak lagi best buat sendiri dari beli di luar kerana terjamin bersih dan lebih menjimatkan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Laksa Sarawak Mudah Dan Ringkas Guna Pes Segera, Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN