cucur badak

Sedapnya petang-petang ni kalau makan Cucur Badak. Lama betul tak merasa kuih ‘lejen’ nih.

Nak buat banyak simpan untuk frozenkan pun boleh. Siapa je tak suka kuih ini.

Bentuknya yang bulat dan diintikan dengan serunding kelapa di dalamnya. Teksturnya pula lembut dan semestinya sedap dihidang panas-panas sambil hirup teh atau kopi.

Baca juga: Rahsia Kejelitaan Kuih Cek Mek, Kuih Tak Buncit & Tak Keluar Air Gulanya Bila Digoreng

Perkongsian resipi dari Noor Ain Umairahariz Baba telah memudahkan korang untuk mencuba di rumah.

Jom kita lihat resipinya di bawah.

Resipi Cucur Badak


Bahan-bahan:

500 gm keledek oren
180 gm tepung gandum
1 tbsp butter
Sedikit garam


Bahan Inti:

1 biji kelapa parut putih
5 tangkai cili kering rebus
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit Halia
1 batang serai
Semangkuk/ segenggam ikan bilis

Cara penyediaan inti:

1. Kisar kesemua bahan kecuali kelapa. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi bersama kelapa, sedikit air asam jawa, garam, dan gula secukup rasa.

2. Letak 2 atau 3 helai daun limau purut. Kacau dengan perlahan sehingga serunding kelapa ini kering.

Cara penyediaan cucur badak:

1. Rebus keledek hingga empuk. Kemudian, lenyek ketika panas. Biarkan suam-suam baru tambah butter garam dan gaul sebati.

2. Masuk tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.

3. Sapu sedikit minyak pada tangan bagi adunan tidak melekat.

4. Timbang 40gm dan isi inti serunding didalamnya. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

5. Buat hingga habis adunan. Goreng hingga keemasan dengan minyak panas menggunakan api sederhana

6. Siap untuk dihidang.


Dah boleh makan cucur badak dengan kopi atau teh panas!

Selamat mencuba~

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN