
Dalam dunia masakan, kita selalu guna berus untuk sapu mentega, minyak atau sos pada ayam, roti atau pastri. Tapi, pernah tak terfikir bahawa ada berus yang diperbuat daripada bulu haiwan, termasuk berus bulu babi?
Itulah sebabnya penting untuk tahu tentang berus bulu babi, terutamanya bagi yang nak pastikan dapur sentiasa halal dan selamat. Tanpa pengetahuan, kita mungkin tersalah guna produk yang asalnya daripada haiwan yang diharamkan. Jadi, kenal pasti ciri-ciri berus bulu babi boleh bantu kita buat pilihan lebih bijak.
Dengan sedikit ilmu tentang ciri fizikal dan cara pengesanan bulu babi, kita boleh lebih yakin bila pilih peralatan dapur. Bukan saja memudahkan kerja masak, tapi juga pastikan semua yang digunakan selamat dan halal setiap hari.
Baca juga: Cara Simpan Baki Pasta Yang Sudah Direbus, Tak Kering & Kekal Lembut Bila Dipanaskan Semula
Ciri-Ciri Berus Bulu Babi

Bulu babi mempunyai beberapa ciri fizikal yang boleh dikenal pasti, antaranya:
- Tekstur keras- Bulu babi biasanya lebih kasar dan keras berbanding bulu haiwan lain.
- Hujung bercabang (flagged tips)- Pada bahagian hujung, bulu ini akan kelihatan bercabang halus.
- Struktur bercabang tiga- Secara fizikal, bulu babi boleh mempunyai bentuk bercabang tiga pada hujungnya.
- Struktur liang pada kulit- Kulit babi mempunyai tiga liang (lubang) dan dari setiap liang tersebut akan tumbuh sehelai bulu. Salah satu daripada bulu ini biasanya mempunyai hujung bercabang tiga.
Kaedah Pengesanan (Analisis Makmal)
Untuk pengesahan yang lebih tepat, biasanya ujian makmal akan dilakukan. Antara kaedah yang digunakan ialah:
1. Ujian pembakaran
Apabila dibakar, bahan yang mengandungi bulu haiwan akan menghasilkan bau seperti rambut terbakar.
2. Ujian pelarut kimia
Menggunakan larutan 5% sodium hydroxide. Jika sampel larut, ia menunjukkan kehadiran bahan daripada haiwan.
3. Pemerhatian mikroskop (SEM)
Menggunakan mikroskop khas seperti Scanning Electron Microscope (SEM), struktur liang boleh dilihat sama ada tembus atau tidak. Jika ia daripada haiwan, liang tersebut biasanya tembus ke dalam.
4. Analisis rentas lapisan kulit
Lapisan kulit akan diperiksa di bawah mikroskop untuk mengenal pasti jenis haiwan dengan lebih tepat.
Sumber: Faridzoh Abd Rahman
Baca juga: Teknik Rebus Nasi Impit Dalam Masa Yang Singkat, Cepat Masak & Jimat Gas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














