resepi apple pie

Apabila tiba waktu petang, pasti teringin makan kudapan yang rangup memikat selera. Cubalah resepi Apple Pie yang senang dibuat ini, sekali siap pasti satu rumah bau sedap.

Apple Pie ialah sejenis pai klasik berasal dari Barat yang popular terutamanya di Amerika Syarikat dan negara Eropah. Tapi, ada cara buat lebih mudah dengan pastri segera.

Baru-baru ini, Ana Jingga kongsikan resepi Apple Pie di Facebook yang sesuai untuk minum petang, potluck atau sebagai pencuci mulut pada hujung minggu. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puff Pastry Sosej Cheese Dengan 3 Langkah, Tengok Je Dah Terliur!

RESEPI APPLE PIE

resepi apple pie

Bahan-bahan:

  • 1 pek pastri segera
  • 2 biji buah epal sederhana besar
  • 2 sudu gula perang
  • 1 sudu gula putih
  • Sedikit butter
  • Serbuk kayu manis (pilihan)
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara buat inti:

  1. Buang kulit dan dadu kecil buah epal.
  2. Panaskan kuali, masukkan butter dan masukkan epal yang di dadu. Biarkan ia layu seketika dan lembut.
  3. Masukkan gula perang dan gula putih . Gaul sebati dan boleh juga masukkan serbuk kayu manis (cinnamon powder ) jika suka.
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
  5. Apabila sudah cukup sebati, pekat dan larut gula pada buah epal, matikan api dan sejukkan inti.

resepi apple pie

Cara-cara buat apple pie:

  1. Nyahbeku (defrost) kulit pastri pada suhu bilik. Buka kepingan satu persatu dan letakkan inti di tengah kulit pastri.
  2. Tutup dan tekan pada keliling agar tidak terbuka.
  3. Sapukan kuning telur pada permukaan lipatan apple pie dan lorekkan dengan pisau untuk masakkan bahagian dalam pie.
  4. Masukkan dalam oven atau air fryer.
  5. Untuk air fryer, guna suhu 200ºC selama 10 minit. Untuk oven, ikut suhu dan saiz oven masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Ana Jingga

Baca juga: Resepi Roti Paratha Sosej Cheese Guna Air Fryer, Rangup Bukan Main Lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN