cekodok pisang

Cekodok pisang sentiasa menjadi pilihan untuk hidangan minum petang seisi keluarga.

Walaupun nampak macam mudah nak buat, jika sukatannya salah, adunan akan jadi keras mahupun terlembik.

Cekodok yang sedap mestilah kena manis rasa pisang, lembut, lembik dan sedikit garing pada luarnya.

Siapa yang buat selalu tak jadi, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Selebriti Media Sosial dalam bidang masakan yang terkenal, Yatie Kitchen. Confirm jadi!

RESIPI CEKODOK PISANG CARA YATIE KITCHEN

Bahan-bahan:

  • 1 cawan pisang berangan (dilenyek)
  • Setengah cawan tepung gandum
  • 3 sudu kecil gula perang
  • 1 sudu kecil tepung beras
  • Secubit garam

Cara-caranya:

1. Kupas kulit pisang dan lenyekkan.

2. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.

3. Panaskan kuali berisi minyak. Cedok adunan sedikit demi sedikit menggunkan sudu atau tangan. Goreng dengan menggunakan api yang sederhana.

4. Masak sehingga keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan.

Baca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN