
Pasti ramai yang nak tahu cara tanam daun kesum dengan mudah, sebab herba ini selalu digunakan dalam masakan seperti asam pedas dan laksa. Kalau ada pokok sendiri di rumah, lebih senang nak petik bila perlu.
Tak perlu tanah yang luas pun, sebab pokok kesum ini boleh ditanam dalam balang saja. Hanya perlu guna keratan batang, tambah air dan letakkan di tempat bercahaya, pokok tetap boleh hidup subur walaupun ruang terhad.
Selain jimat, tanam sendiri daun kesum juga lebih segar dan bebas racun. Bila nak masak, tinggal petik saja dari balang, Memang sangat mudah, praktikal dan berbaloi cuba sendiri di rumah.
Baca juga: 3 Jenis Pokok Kari Di Malaysia, Jangan Main Petik Nanti Masakan Kurang ‘Wangi’!
CARA TANAM DAUN KESUM DALAM BALANG

Berikut merupakan cara-cara tanam pokok daun kesum dalam balang:
- Pilih keratan batang yang matang, sihat dan segar dari pokok induk.
- Buang daun di bahagian bawah batang seperti dalam gambar.
- Sediakan botol atau balang lutsinar (kaca atau plastik). Balang lutsinar memudahkan kita pantau kalau ada jentik-jentik atau lumut. Kalau ada, cuci sahaja balang dan akar sampai bersih.
- Rendam keratan batang tadi dalam balang berisi air.
- Letakkan balang di kawasan yang menerima cahaya matahari tidak secara terus. Contohnya, letak di tempat yang kena matahari sampai jam 3 petang sahaja.
- Tambah air jika kandungan air semakin berkurangan.
- Selepas sebulan, boleh mula beri baja. Guna campuran baja AB atau NPK 15.
Tip supaya pokok daun kesum hidup subur dan merimbun:
- Selalu pangkas pokok kesum lebih-lebih lagi jika sudah mengeluarkan bunga. Itu tanda tanaman sudah tua.
- Cantas dan tinggalkan hanya sejengkal sahaja batang kesum dari pangkal. Jika dibiarkan, pokok akan mengering dan mati.
- Selapas cantas, boleh lakukan pembajaan.
- Boleh guna air basuhan beras, ikaan dan sekali sekala tanamkan perut ikan pada pangkal pokok.
Sumber: Nur Izzah Mahmud
Baca juga: Petua Pilih Daun Limau Purut Yang Betul, Elak Masakan Jadi Pahit
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














