Sweet Basil atau lebih dikenali sebagai daun selasih ini selalu kita gunakan dalam masakan terutama sekali hidangan Thai dan masakan Itali. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam.

Cuma pokok sweet basil ini tak ramai yang menjual termasuklah di pasar raya. Jadi elok juga jika kita tanam sendiri di rumah. Tanam sepasu pun dah cukup.

Baca juga: Cara BETUL Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula

Jika nak tanam dari keratan batang, boleh guna perkongsian dari Cik Puan Cozy Lady di laman TikTok ini. Banyak perkongsian lain tentang tanaman sayur dari beliau yang anda boleh lihat di sana. 


CARA TANAM SWEET BASIL DARI KERATAN BATANG

sweet basil

1. Mula-mula, pergi ke pasaraya dan sepaket sweet basil. Kemudian, buang semua daun kecuali pucuk yang paling atas.

2. Selepas itu, cucuk ke dalam tanah.

3. Siram seperti biasa dan tempatkan tanaman di kawasan yang mudah mendapat cahaya matahari selama 3 hari. (Jangan direct matahari)

4. Selepas tanaman dah 3 hari, baru letak direct pada matahari sehingga matang.

5. Nak lagi banyak daun, patahkan pucuk sebelah atas supaya cabangnya lagi banyak.

6. Bila dah naik daun, boleh kambuskan lagi dengan tanah. Siram selalu. Sampai pokok naik. Dah macam ni bole la petik hasilnya. 

Video penuh: 

@cozylady_malaysia

Replying to @Zura Rahman Novelis Cara tanam sweet basil dengan keratan batang. Selasih (thai basil) pun boleh ditanam dgn cara sama seperti pokok ni. #kebunbandar #tanamsayurdirumah #tanamsayursendiridirumah #berkebun #kebunbalkoni

♬ original sound – Cozy Lady: Tips penyusuan – Cozy Lady: Tips penyusuan


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rawat Pokok Kari Yang Ada Bintik Hitam, Wanita Ini Kongsi PETUA

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending