cara simpan yogurt

Yogurt merupakan sumber probiotik atau bakteria baik dalam perut dan usus. Sebenarnya, terdapat cara simpan yogurt yang betul supaya tahan lebih lama.

Selain meningkatkan kemampuan usus menyerap makanan, yogurt juga membantu untuk mencegah sembelit dan merupakan sumber kalsium yang baik untuk badan.

Lebih elok jika anda memilih yogurt yang kosong tanpa gula dan tanpa rasa tambahan, tapi boleh juga tambah buah-buahan segar atau kacang ke dalamnya.

Tak ramai yang tahu bahawa yogurt yang sudah dibuka hanya boleh tahan seminggu jika diletakkan dalam ruang penyejuk (chiller) dengan suhu 4ºC.

Jika tak nak membazir yogurt di rumah, anda boleh bekukan dalam bentuk kiub dengan menggunakan bekas ais kiub yang bertutup.

Melalui perkongsian video oleh shashasaarii di Lemon8, beliau telah tunjukkan cara simpan yogurt yang tahan lebih lama. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!

CARA SIMPAN YOGURT SUPAYA TAHAN LAMA

1. Mula-mula, sediakan yogurt dan bekas ais kiub yang bertutup. Pastikan ia bertutup supaya tiada benda asing masuk ke dalam yogurt nanti.

2. Selepas itu, isikan semua yogurt ke dalam bekas ais kiub sehingga penuh dan tutupkannya.

cara simpan yogurt

3. Sebelum disimpan, jangan lupa untuk catat tarikh luputnya sekali supaya tak lupa nanti.

4. Akhir sekali, boleh simpan dalam peti sejuk di ruang sejuk beku (freezer). Siap!

Jika esok nak makan, malam ini anda boleh letakkan yogurt yang sudak dibekukan ke dalam chiller peti sejuk dan biarkannya semalaman.

Cara simpan yogurt ini cukup berguna di rumah dan jika nak makan yogurt nanti, jangan defrost semua, cukup sekadar ambil satu atau 2 kiub saja.

Biasanya bayi akan makan 1 hingga 2 kiub saja, jadi anda boleh kisar sekali dengan buah supaya lebih cepat dan mudah dimakan.

Yogurt yang sudah dibekukan boleh tahan sampai sebulan, jadi dengan cara simpan yogurt ini dapatlah anda elakkan pembaziran daripada berlaku.

Semoga bermanfaat!

Sumber: shashasaarii

Baca juga: Cara Simpan Santan Kotak Besar Dengan Lebih Jimat, Guna 2 Bahan Saja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN