cara simpan tempe

Selain tauhu yang sering digunakan dalam masakan, tempe juga mempunyai peminatnya tersendiri. Jika anda salah seorang daripadanya, kenalah tahu cara simpan tempe yang betul.

Tempe ialah makanan kacang soya yang tak asing lagi dalam hidangan harian masyarakat Nusantara dan berasal daripada suku Jawa bahagian Ponorogo di Pulau Jawa, Indonesia.

Walaupun ia sering dikaitkan dengan tauhu, sebenarnya tempe amat berlainan. Proses penapaian memberi tempe banyak zat dan komponen rasa yang tak terdapat dalam tauhu.

Golongan vegetarian sangat suka makan tempe kerana mengandungi nutrisi seperti karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan yang baik untuk badan.

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Tahan Lama, Dah Lebih Seminggu Pun Masih Putih Bersih

Ramai yang hadapi masalah untuk menyimpan tempe di rumah kerana tak sampai beberapa hari sudah berbau busuk. Sebenarnya, ada cara simpan tempe yang patut anda tahu.

Jika anda berhasrat untuk membeli tempe nanti, boleh gunakan cara simpan tempe yang sangat berguna di rumah ini. Jom kita tengok caranya!

CARA SIMPAN TEMPE

1. Mula-mula, potong tempe mengikut kesukaan anda.

cara simpan tempe

2. Kemudian, goreng tempe sekejap saja untuk matikan ragi pada tempe.

3. Setelah itu, sejukkan tempe buat seketika.

4. Seterusnya, letak dalam bekas bertutup. Lebih bagus jika guna bekas kedap udara.

cara simpan tempe

5. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk. Siap!

Ramai yang menganggap tempe dan tauhu ini seperti adik-beradik sampaikan ada yang membuatnya sebagai stok di rumah untuk dimakan.

Oleh itu, cara simpan tempe ini boleh selesaikan masalah tempe yang berbau dan ia boleh tahan dengan lebih lama sehingga dua minggu dalam peti sejuk.

Bukan setakat boleh dimakan begitu saja selepas digoreng, malah anda boleh gunakan tempe untuk hasilkan suatu hidangan menarik seperti cucur tempe, sambal tempe dan sebagainya.

Disebabkan ia bagus untuk badan, maka anda sekeluarga disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Celinegegurl

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN