cara peram buah

Mari MyResipi kongsikan cara peram buah yang betul untuk sesiapa yang belum tahu. Biasanya buah yang perlu diperam dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.

Namun begitu, ada orang memang sengaja membeli sedikit buah yang sudah masak dan sedikit buah yang belum masak. Mereka akan makan buah yang masak terlebih dahulu dan peram buah yang belum masak.

Untuk mengetahui cara yang betul memeram buah, jom ikuti perkongsian lengkap oleh Saudara Ashraf Shuib di bawah:

“Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.

“Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak.

“Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak “Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak.

“Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas. Ini cara yang boleh dilakukan untuk peram buah:”

Baca juga: Anda Hantu Durian? Elakkan 9 Makanan Ini Selepas Makan Raja Buah

3 CARA PERAM BUAH YANG BELUM MASAK

cara peram buah

Cara 1

Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.

Periksa buah yang diperam itu setiap hari untuk elakkan terlebih masak.

Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.

Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.

Cara 2

Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.

Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.

Cara 3

Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene, mempercepatkan proses buah masak.

(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan).

Tips

Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.

Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.

Sumber: Ashraf Shuib

Baca juga: Tips Beli Buah Nanas Manis & Dijamin Tak Masam, Kena Pandai Pilih Baru Tak Menyesal!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN