
Seorang pengguna Facebook bernama Syalfarina Razali berkongsikan resipi rendang daging cli api berempah yang dipelajari daripada arwah neneknya.
Menurutnya, rendang ini menjadi kegemaran seisi keluarga kerana teksturnya yang basah dan berkuah, berbeza dari rendang biasa yang lebih kering.
Rasanya memang sangat sedap, terutama sekali apabila dimakan bersama ketupat palas atau lemang. Bila cuba resipi ini, pasti tak cari resipi rendang lain lagi!
Baca juga: Resipi Rendang Ayam Pencen Cili Api Negeri Sembilan, Ini Rahsia Lembutkan Daging Dengan Mudah!
RESEPI RENDANG DAGING CILI API BEREMPAH

Bahan utama:
- 1 kg daging segar (potong melawan urat untuk tekstur lebih lembut)
- 1 kotak kecil santan + ½ kotak kecil tambahan
- 1-2 keping asam keping
- 2 sudu besar kerisik
- 2 sudu besar gula melaka (dihancurkan)
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
- 8 ulas bawang merah (saiz sederhana)
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 3 inci kunyit hidup
- 5 batang serai
- 20 tangkai cili api
Bahan rempah:
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- ½ sudu besar serbuk jintan manis
- ½ sudu besar serbuk jintan putih
(Jika mahu lebih beraroma, boleh sangai ketiga-tiga rempah ini dalam kuali dan kisar bersama bahan kisar.)
Bahan tambahan:
- 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
- 3 helai daun limau purut (dihiris halus)
Cara memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga airnya kering dan naik bau.
- Masukkan daging yang telah dibasuh, biarkan seketika sehingga air daging keluar sendiri.
- Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kacau rata dan biarkan rempah sebati dengan daging.
- Apabila daging sudah mengeluarkan air, tuangkan santan dan kacau perlahan.
- Perlahankan api, tutup kuali dan biarkan rendang mereneh selama kira-kira 1 jam 30 minit sehingga daging empuk dan kuah pekat. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawah.
- Setelah kuah mula pekat dan pecah minyak, masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut, kerisik,dan gula Melaka. Gaul sebati.
- Perasakan dengan garam secukup rasa, kemudian kacau rata.
- Tutup api dan rendang sedia untuk dinikmati.
Rendang ini lebih sedap jika berkuah. Kalau makan dengan ketupat palas atau lemang, memang ngam teruk. Selamat mencuba!
Sumber: Syalfarina Razali
Baca juga: Resipi Rendang Ayam Versi Hancur Manja, Sedap Makan Dengan Ketupat & Lemang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














