Categories: Tips & Petua

Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama, Sebulan Pun Masih Elok!

Setiap kali beli kelapa parut di pasar, mesti fikir dua kali. Kalau tak digunakan dalam masa dua hingga tiga hari, memang akan cepat basi walaupun disimpan dalam peti sejuk. Sayang bila terpaksa buang, lebih-lebih lagi kalau beli banyak.

Tapi jangan risau, ada petua mudah untuk selesaikan masalah ini. Dengan cara yang sangat ringkas, kelapa parut kini boleh tahan lebih sebulan jika disimpan dengan betul dalam peti bahagian sejuk beku (freezer).

Baca juga: Cara Mudah Cuci Kerang Sampai Jadi Putih, Tak Perlu Sental Lama-Lama Pun!

PETUA SIMPAN KELAPA PARUT AGAR TAHAN LAMA

Cara simpan kelapa parut supaya tahan lama:

  1. Panaskan pengukus sehingga air betul-betul mendidih.
  2. Taburkan sedikit garam pada kelapa parut, kemudian gaul rata. Ini membantu tahan lama dan elak cepat berkulat.
  3. Kemudian, kukus selama 15 minit.
  4. Keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk sepenuhnya pada suhu bilik.
  5. Setelah sejuk, masukkan ke dalam plastik (sebaiknya dalam pek kecil untuk kegunaan sekali masak).
  6. Simpan dalam bahagian sejuk beku (freezer) untuk ketahanan maksimum.

Apabila ingin digunakan, keluarkan dari freezer dan kukus semula kelapa tersebut. Ini membantu mengembalikan kelembapan dan memastikan anda mendapat perahan santan yang segar dan berlemak seperti baru diparut.

Tips ekstra:

  • Gunakan plastik ziplock atau bekas kedap udara untuk elak bau freezer menyerap ke dalam kelapa.
  • Labelkan tarikh simpan untuk pantauan jangka masa.

Sumber: Eka Zahra

Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!

Wan N

Recent Posts

Jom Buat Kek Batik Horlick Viral Yang ‘Confirm’ Jadi Kegilaan Ramai, Bukan Versi Coklat Biasa!

Kek Batik Horlick antara pilihan menarik untuk penggemar kek batik yang suka rasa malt berkrim…

5 hours ago

Kulit Pisang Cepat Bertukar Hitam & Lebam? Cuba 6 Cara Ini, Lepas Lima Hari Pun Tahan Lagi!

Pisang antara buah yang sering dibeli untuk dijadikan sarapan, bekal ke tempat kerja atau bahan…

9 hours ago

Resipi Fish Ball Homemade Guna Isi Ikan Selayang, Mudah Rupanya…Uli Uli Siap!

Resepi fish ball homemade boleh dicuba jika anda mahu menyediakan bebola ikan sendiri di rumah…

10 hours ago

Ayam Masak Oren Ala Chinese Style, Sosnya Pekat Melekat! Rupanya Guna Kordial Oren Je…

Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…

13 hours ago

Bila Daging Empuk Bertemu Kuah Pekat Yang Kaya Rasa! Ini Resipi Beef Stew Ala Barat Wajib Cuba

Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…

14 hours ago

Resipi Sambal Telur Hancur, Lauk Bajet Dengan Bahan Ringkas Yang Selalu Ada Di Dapur!

Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…

14 hours ago