
Kulit kerang yang dibeli di pasar selalunya gelap, berlumpur dan susah dibersihkan. Kalau terus masak tanpa cuci betul-betul, boleh hilang selera makan. Sebab itu penting kena tahu cara bersihkan kerang sampai putih berseri.
Ramai yang masih guna cara lama iaitu dengan meramas dan bilas berulang kali. Tapi sebenarnya ada banyak petua dapur yang lebih mudah dan berkesan. Hanya guna bahan-bahan biasa seperti serai, daun ubi atau air beras pun dah cukup membantu.
Berikut 10 cara yang boleh dicuba untuk bersihkan kulit kerang dengan lebih cepat dan berkesan. Senang sangat nak buat, tak perlu sental lama-lama pun!
Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!
PETUA MUDAH CARA BERSIHKAN KULIT KERANG

1. Serai
Ambil beberapa batang serai, tumbuk kasar (jangan sampai hancur) dan rendam bersama kerang dalam air. Gaul dengan tangan dan biarkan selama 10 minit. Lepas toskan, kulit kerang akan nampak lebih bersih. (Kalau ada serai di rumah, bolehlah cuba!)
2. Pelepah & Daun Pisang
Gosok kulit kerang dengan pelepah dan daun pisang. Bukan saja cepat bersih, tapi isinya pun rasa lebih enak.
3. Daun Ubi Kayu
Gaulkan kerang dengan daun ubi dan ramas-ramaskan. Kulit kerang akan jadi bersih juga.
4. Daun Betik
Daun betik pun boleh digunakan untuk bersihkan kerang. Hasilnya memang putih bersih.
5. Hampas Kelapa
Gaulkan kerang dengan hampas kelapa dan biarkan selama 1–2 jam. Hasilnya, kulit kerang jadi bersih berkilat! Cuma sekarang rumah saya dah jarang ada kelapa sebab guna santan kotak je.
6. Bawang Putih
Tumbuk bawang putih dan gunakan untuk basuh kerang. Boleh juga bantu tanggalkan kotoran.
7. Air Beras
Rendam kerang dalam air beras. Ini juga cara tradisional yang berkesan untuk cuci kerang.
8. Asam Keping
Rendam kerang bersama beberapa keping asam gelugur selama 30 minit. Kerang akan jadi putih dan lebih bersih.
9. Garam
Rendam kerang dalam air yang ditambah garam. Cara ni pun ramai guna dan mudah sangat.
10. Serbuk Kunyit
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dicampur sedikit serbuk kunyit. Biarkan selama 15–20 minit. Lepas bilas, memang bersih berkilat!
Sumber: Shida Rahman
Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














