batang saderi

Batang saderi sering digunakan untuk memasak sup, salad atau jus. Cuma masalahnya, sayur ini cepat sangat layu dan lembik kalau salah cara simpan. Sayang kalau beli banyak, tapi tak sempat guna sebab dah rosak.

Sebenarnya, saderi boleh kekal segar untuk tempoh yang lama kalau tahu cara simpan yang betul. Rupanya tak susah pun, ada beberapa cara ringkas yang boleh kita cuba.

Dengan cara ini, batang saderi akan kekal segar dan rangup walaupun dah berhari-hari dalam peti sejuk. Jadi bila teringin nak masak sup atau buat jus, boleh terus ambil dari peti.

Baca juga: Tip Tanam Kesum Dalam Balang, Tak Sangka Tetap Boleh Hidup Subur & Merimbun!

CARA SIMPAN BATANG SADERI SUPAYA KEKAL SEGAR TAHAN LAMA

batang saderi

1. Balut Dengan Aluminium Foil

Cara paling popular dan berkesan. Cuci bersih batang saderi, keringkan, kemudian balut rapat dengan aluminium foil. Simpan dalam bahagian chiller peti sejuk. Cara ini bantu keluarkan gas semula jadi dari saderi tanpa buat ia cepat rosak.

2. Rendam Dalam Bekas Berisi Air

Potong batang saderi ikut saiz yang sesuai, masukkan dalam bekas berisi air dan tutup rapat. Simpan dalam peti sejuk. Cara ini buat saderi kekal rangup lebih lama. Tapi pastikan tukar air setiap 2 hingga 3 hari untuk elak berbau.

3. Simpan Dalam Bekas Bertutup

Kalau nak cara paling ringkas, boleh juga potong batang saderi, masukkan ke dalam bekas bertutup kedap udara. Untuk lebih segar, lapik dasar bekas dengan tisu dapur supaya serap kelembapan berlebihan.

Tip tambahan:

  • Jangan simpan saderi dalam plastik biasa kerana ia mudah perangkap gas dan cepat buat sayur rosak.
  • Elakkan letak saderi dekat dengan buah epal atau pisang, sebab buah ini keluarkan gas etilena yang percepatkan proses layu.
  • Kalau dah lembik, boleh rendam sekejap dalam air ais untuk pulihkan kerangupannya.

Sumber: Martha Stewart

Baca juga: Cara Simpan Bawang Kupas Dengan Betul, Kekal Segar & Tak Lembik Walau Simpan Lama

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN