
Pizza antara makanan yang sering menjadi pilihan apabila tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang pasti ada lebihan kerana pesan terlalu banyak. Jadi, penting untuk tahu cara simpan baki pizza dengan betul untuk elakkan jadi keras, kering dan kurang sedap bila dipanaskan semula.
Sebenarnya, cara simpan dan panaskan semula pizza sangat penting untuk kekalkan rasa asalnya. Ramai orang hanya masukkan dalam peti sejuk tanpa teknik yang betul, sebab itu tekstur jadi berubah. Dengan beberapa langkah mudah, baki pizza boleh jadi hampir sama sedap macam baru beli.
Oleh itu, jom ikut cara mudah di bawah supaya pizza anda kekal sedap walaupun dipanaskan dan dimakan keesokan hari.
Baca juga: Petua Simpan Daun Pandan Dalam Freezer Supaya Aroma Kekal ‘Fresh’ Macam Baru Kerat!
Cara Simpan Baki Pizza Dengan Betul

1. Sejukkan dulu pizza
Jangan terus simpan dalam peti sejuk. Biarkan pizza berada pada suhu bilik lebih kurang 20-30 minit supaya wap panas hilang. Ini penting supaya tidak berair bila disimpan.
2. Susun dengan cara yang betul
Letakkan kepingan pizza secara bertindih dengan lapisan kertas minyak atau tisu dapur di antara setiap keping. Ini bantu elakkan topping melekat antara satu sama lain.
3. Simpan dalam bekas kedap udara
Masukkan dalam bekas kedap udara atau balut dengan cling wrap. Pastikan tertutup rapat supaya pizza tidak menyerap bau makanan lain dalam peti sejuk.
4. Simpan dalam chiller atau freezer
Untuk makan dalam 1-2 hari, simpan dalam chiller. Jika mahu simpan lebih lama, boleh letak dalam freezer sehingga 1-2 bulan.
Cara Panaskan Semula Pizza Supaya Rasa Macam Baru
1. Guna kuali non-stick (cara paling best)
Panaskan kuali tanpa minyak, letak pizza dan tutup penutup. Biarkan api perlahan 3-5 minit. Base akan jadi rangup, topping pula cair cantik.
2. Guna oven
Panaskan oven pada suhu 180°C, bakar selama 5-8 minit. Cara ini paling seimbang untuk kekalkan tekstur asal pizza.
3. Guna air fryer
Air fryer juga pilihan mudah. Panaskan pada suhu 160-170°C selama 3-5 minit. Hasilnya rangup di luar dan lembut di dalam.
4. Elakkan guna microwave
Microwave memang cepat, tapi pizza boleh jadi lembik dan liat. Kalau terpaksa guna, letak segelas air kecil dalam microwave untuk kurangkan kekeringan.
Sumber: Serious Eats
Baca juga: Teknik Rebus Nasi Impit Dalam Masa Yang Singkat, Cepat Masak & Jimat Gas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














