cara panaskan makanan beku

Cara panaskan makanan beku dengan betul memang penting supaya setiap hidangan tetap sedap dan tidak kehilangan tekstur. Kadang-kadang jika hanya guna microwave, makanan boleh menjadi lembik atau panas tidak sekata.

Dengan beberapa teknik mudah, anda boleh pastikan makanan beku panas sekata dan lebih menyelerakan. Anda boleh pilih teknik yang paling sesuai dengan peralatan di dapur, sama ada menggunakan kukusan, oven, kuali atau air fryer, tanpa mengurangkan kualiti rasa makanan.

Baca juga: Petua Rebus Kacang Hijau Supaya Cepat Empuk, Tak Perlu Rendam Lama-Lama!

CARA PANASKAN MAKANAN BEKU SELAIN GUNA MICROWAVE

cara panaskan makanan beku

1. Kukus

Mengukus adalah antara cara paling selamat dan ringkas untuk panaskan makanan beku. Kaedah ini membantu makanan panas secara sekata tanpa membuatkannya kering. Ia sesuai untuk dumpling, pau, ikan dan sayur beku. Cuma susun makanan dalam pengukus dan biarkan hingga betul-betul masak.

2. Kuali

Sesetengah makanan beku boleh terus dimasak dalam kuali tanpa perlu dinyah beku terlebih dahulu. Panaskan sedikit minyak, masukkan makanan dan masak dengan api sederhana hingga air keluar kering dan makanan masak sepenuhnya. Cara ini sesuai untuk sayur campur beku, udang atau lauk ringkas.

3. Oven

Oven sesuai digunakan untuk makanan beku yang mahu hasil rangup di luar seperti nugget, ayam perap atau pizza. Panaskan oven terlebih dahulu, susun makanan dan masak hingga panas dan keperangan. Jangan lupa terbalikkan supaya masak sekata.

4. Air Fryer

Air fryer memang antara alat dapur paling popular sekarang. Ia cepat, tak guna banyak minyak dan hasilnya lebih rangup. Masukkan makanan beku, sembur sedikit minyak jika perlu. Sesuai untuk kentang goreng, sosej dan makanan ringan beku.

5. Rebus Atau Didihkan

Untuk makanan berkuah atau pasta beku, cara paling mudah ialah merebus. Masukkan terus ke dalam air mendidih dan biarkan hingga masak. Cara ini cepat dan tak perlu banyak langkah.

6. Nyah beku Terlebih Dahulu

Jika tidak tergesa-gesa, anda boleh nyah beku makanan terlebih dahulu sebelum dipanaskan. Ini membantu makanan masak dengan lebih sekata dan mengurangkan risiko bahagian luar terlebih masak tetapi bahagian dalam masih sejuk.

Sumber: Chef Standars

Baca juga: Stres Susu Segar Cepat Busuk Bila Salah Simpan, Guna Tips Ini Memang Tak Cepat Basi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN