telur puyuh

Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk merebus telur puyuh agar benar-benar masak.

Tempoh masa merebus telur puyuh berbeza dengan telur ayam kerana saiznya yang kecil. Telur ayam memerlukan masa yang lebih lama untuk masak berbanding telur puyuh.

Namun, tidak semua orang suka telur yang masak sepenuhnya. Ada yang lebih suka telur separuh masak. Oleh itu, penting untuk mengetahui berapa lama masa yang diperlukan untuk merebus telur ini.

Baca juga: Cara Rebus Jagung Supaya Tak Kecut & Liat Walaupun Dah Sejuk

CARA REBUS TELUR PUYUH YANG BETUL

telur puyuh

Masa yang diperlukan untuk rebus telur puyuh selama lebih kurang 4 hingga 12 minit bergantung pada cita rasa. Jika mahukan telur yang masak sepenuhnya, masa rebus adalah selama 12 minit.

Berikut merupakan tempoh masa rebus telur dari separuh masak hingga masak sepenuhnya:

  • 5 minit: Putih dan kuning telur masih sangat cair
  • 6 minit: Kuning telur masih agak cair
  • 7 minit: Telur hampir masak tetapi masih sedikit lembik
  • 8 minit: Telur sudah cukup masak
  • 10 – 12 minit: Telur sudah masak sepenuhnya

Cara merebus:

1. Letakkan telur puyuh ke dalam periuk, kemudian tambahkan air. Elakkan letak air terlebih dahulu kerana ini boleh menyebabkan telur retak semasa jatuh ke dasar periuk.

2. Kemudian, rebus air sehingga mendidih. Elakkan rebus telur terlalu lama untuk mengelakkan reaksi kimia yang boleh menyebabkan kuning telur bertukar hijau.

3. Selepas telur masak, angkat dan keringkan dengan meletakkannya ke dalam bekas berisi ais untuk menghentikan proses memasak dan mengelakkan kuning telur bertukar hijau. Pecahkan sedikit kulit telur sebelum memasukkannya ke dalam air ais batu supaya mudah dikupas.

Dengan mengikuti panduan ini, anda dapat menentukan berapa lama tempoh masa merebus telur untuk mencapai tahap masak yang diinginkan. Semoga bermanfaat!

Sumber: PPG

Baca juga: Tip Rebus Barli Agar Tahan Lama, Barulah Tak Cepat Basi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN