Jom kita belajar cara pilih tembikai susu yang manis dan ranum. Barulah tak kecewa apabila terbeli yang rasanya tawar.
Tidak dinafikan, tembikai susu ini merupakan salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Bukan saja enak dimakan, malah ia mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.
Jadi, untuk pastikan buah yang kita beli manis dan berjus, boleh ikuti tips yang dikongsikan oleh Nor Shahidah Abd Kohar di bawah.
Baca juga: Asyik Terbeli Yang Masam? Ini Tips Nak Pilih Buah Kiwi Manis & Segar
1. Lihat pada kulit
Jangan ambil buah yang mempunyai kulit yang licin dan bersih. Pilih buah yang mempunyai garisan coklat, lebih banyak garis, lebih bagus.
2. Warna kulit buah
Pilih kulit buah yang berwarna kuning berbanding putih. Ia dijamin lebih manis dan tidak tawar.
3. Jangan lihat saiz semata
Pilih buah yang berat, ia bermaksud buah juicy kerana banyak air. Jika buah kecil, pilih yang paling berat. Buah kecil tidak semestinya tidak manis ya.
4. Goncang buah
Cuba goncang sedikit buah dan dengar jika ada bunyi biji jatuh atau berlaga. Jika ada, ia bermaksud buah sudah cukup masak.
5. Lihat tangkai
Jangan pilih tangkai yang masih hijau, sebaliknya pilih tangkai yang kering. Itu bermakna buah sudah masak dan ranum.
6. Bau
Tips yang akhir sekali, hidu buah tersebut semasa sedang dipilih. Jika sudah masak, buah memang berbau manis berbanding buah yang muda atau belum masak.
Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar
Baca juga: Cara Pilih Tembikai Yang Manis & Juicy, Ikut 4 Tips Berguna Ini
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…